Terkini

Apakah itu Vaksinasi Dan Imunisasi? – Bahagian 2

Artikel ini murupakan sambungan daripada “Apakah itu Vaksinasi Dan Imunisasi? – Bahagian 1

Pembinaan Daya Tahan Badan Melalui Vaksinasi

immune_cells_diag (1)

Semasa vaksinasi dilakukan, bahan antigen disuntik ke dalam badan bagi menggalakkan proses pembinaan daya tahan badan. Proses pembinaan daya tahan badan selalunya melibatkan dua jenis sel darah putih – sel B & dan sel T. Kedua-dua sel ini dihasilkan dalam sumsum tulang atau “Bone Marrow”.

Perbezaan antara keduanya ialah tempat sel B dan sel T berkembang menjadi matang. Sel B atau bone marrow cellberkembang dan matang dalam sum-sum tulang. Sel T atau thymus cell pula matang dalam sebuah organ badan kita dinamakan sebagai thymus.

Apabila sel B bersentuhan dengan antigen, sel B akan menghasilkan sejenis protein berbentuk Y yang dinamakan antibodi.

 

bcell_maturation

Antibodi bertindak menyahaktifkan antigen melalui beberapa cara iaitu:

  • Antibodi melekat pada antigen dalam jumlah yang banyak dan menyebabkan antigen ternyahaktif.
  • Antibodi menyerang antigen dan menyebabkan antigen tersebut pecah.
  • Antibodi menyebabkan antigen bergumpal dan menyebabkan gumpalan itu ditelan oleh sejenis sel darah putih yang besar yang dipanggil sebagai makrofaj.

 

1734832_1417375471218

Berbeza dengan sel B, sel T tidak menghasilkan antibodi. Sel T membantu melawan antigen melalui beberapa cara iaitu

  • Sel T akan menghasilkan bahan kimia yang bernama sitokin. Sitokin yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak akan merangsang sel darah putih lain seperti makrofaj untuk pergi ke tempat antigen dikesan. Antigen itu kemudian akan ditelan makrofaj tersebut.
  • Sel T bertindak sendiri ke atas sel badan yang dijangkiti antigen dengan memusnahkan sel badan tersebut. Sel T menjalankan mekanisma sedemikian digelar sebagai sel T sitotoksik.

Selepas berlaku jangkitan dan semua antigen berjaya dimusnahkan, sel B & sel T yang masih tertinggal akan berubah menjadi sel memori.

Sel memori B & sel memori T inilah yang membolehkan badan kita kebal terhadap jangkitan penyakit. Ini kerana, apabila kuman/virus yang sama kembali menyerang, sel memori tersebut akan melawan kuman/virus tersebut.

Bahan antigen dalam vaksin terdiri daripada kuman yang telah dilemahkan atau pun protein virus. Melalui vaksinasi,badan kita dapat menghasilkan antibodi & sel memori tanpa perlu mengalami kesan jangkitan penyakit yang serius seperti demam panas, sesak nafas, batuk berdarah, sawan dan sebagainya.

Secara ringkasnya, vaksin mengandungi komponen ringkas kuman/virus yang sudah cukup untuk membolehkan badan kita membina kekebalan terhadap penyakit tanpa perlu mengalami kesan & simptom penyakit tersebut.

 

Status Halal & Bahan Kimia Dalam Vaksin

halal-vaccine

Secara amnya, kebanyakan vaksin di Malaysia tidak mengandungi unsur haram, kecuali vaksin rotavirus & vaksin anthrax. Kedua-dua vaksin tersebut sudah difatwakan haram untuk diambil oleh orang Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, melainkan jika keadaan darurat dan terdapat keperluan mendesak.

Maksudnya sekira terjadi wabak, tiada masalah sebenarnya untuk umat Islam mengambil kedua-dua jenis vaksin tersebut.

Di antara bahan tambah lain dalam vaksin ialah unsur logam seperti aluminium dan thiomersal (sejenis sebatian yang mengandungi raksa). Aluminium terdapat dimasukkan ke dalam vaksin tetanus kerana aluminium menambahkan keberkesanan vaksin berbanding jika vaksin tetanus itu diberikan tanpa aluminium.

Sebatian thiomersal pula digunakan sebagai bahan anti kulat untuk mengelakkan vaksin berkulat apabila disimpan dalam tempoh lama.

Kandungan aluminium & raksa dalam thiomersal dalam vaksin berada paras yang berpatutan dan tidak berbahaya kepada kesihatan.

 

Penutup

15mpm-Health-de_ki_2658719f (1)

Pada tahun lepas 2015, terdapat satu kes jangkitan diphteria di Sepanyol melibatkan seorang budak lelaki. Rawatan diphteria memerlukan bekalan anti toksin diphteria. Disebabkan kes tersebut merupakan kes jangkitan diphtheria yang pertama semenjak 1986, Sepanyol tidak menyimpan stok antitoksin tersebut. Kebetulan di Rusia terdapat simpanan stok anti toksin diphtheria, duta Sepanyol terpaksa meminta pertolongan pihak berkuasa Rusia untuk membekalkan stok anti toksin itu.

Pihak Rusia bersedia memberi bantuan dan membekalkan anti toksin tersebut kepada pihak Sepanyol. Malangnya, budak lelaki malang tersebut gagal diselamatkan.

Vaksinasi merupakan proses penjagaan kesihatan yang amat penting. Proses ini merupakan satu peluang untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan penyakit berbahaya. Perasaan was-was terhadap vaksinasi dapat dibendung dengan cara mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan perkara tersebut.

Negara kita pula dikejutkan dengan 3 kematian akibat diphteria baru-baru ini. Tragedi ini telah mencetuskan banyak perbincangan dan persoalan tentang vaksin, gerakan anti-vaksin dan hal-hal berkaitan.

Pastikan anda mendapat informasi yang sahih dari pakar perubatan bertauliah dan profesional perubatan tentang vaksin dan bukan daripada sumber yang tidak dapat dikenalpasti kesahihannya.

Dapatkan pandangan tentang vaksin dari sudut agama daripada fatwa kebangsaan dan ulama, bukan daripada mereka yang hanya mengaku pakar.

 

Rujukan:

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal
  2. http://time.com/3908566/spain-diphtheria-infection-disease-disease-vaccination-infection-anti-vaxxer/

The post Apakah itu Vaksinasi Dan Imunisasi? – Bahagian 2 appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close