PANAS

UPDATE ISU ANAK 'MAT SALLEH': "MEMANG TULISAN IMAGINASI UNTUK MARKETING...."


Bismillahirahmannirahim..

Ya Allah, tuntuni setiap perkataan ku Ya Allah. Dan berikan aku kerendahan hati yang paling rendah dan serendahnya. Berikan aku juga kekuatan. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Saya tahu satu Malaysia menunggu posting dari saya.

1. Di sini saya ingin membuat pengakuan jujur. Tulisan saya yang viral baru-baru ini memang tulisan imaginasi. Ya, saya duduk di seat 33K dan ibu bapa itu duduk di seat 30. Seat kami berhampiran. Flight yang sama, AK8715, berlepas pada waktu yang sama, mendarat pun pada waktu yang sama. Tetapi jalan ceritanya berbeza.

Ya, jalan cerita yang benar adalah apa yang diceritakan oleh ibu bapa tersebut. Semua bukti screenshot pramugari itu juga benar, termasuk screenshot penumpang yang lain. Semua yang dikatakan oleh ibu bapa tersebut adalah benar. Hanya satu saja yang tidak benar.

Saya tidak block Facebook mereka. Jika saya block, kenapa saya dapat melihat komen-komen mereka? Kenapa mereka boleh share status yang viral dari wall saya? Tetapi saya bersangka baik, mungkin maksud 'block' beliau beliau adalah dengan tidak membenarkan dia untuk singgah komen di wall saya sebab saya telah mengubah setting. Hanya untuk friend sahaja yang boleh komen. Tetapi followers tidak dapat berbuat demikian. Jadi, saya bersangka baik, mungkin itu maksud 'block' yang dimaksudkannya. Wallahualam.

2. Saya tidak berniat untuk menghina isteri tuan yang berpakaian seperti itu. Sama sekali tidak sebab untuk pengetahuan tuan, suatu masa dulu saya juga berpenampilan seperti itu. Allah Maha tahu.

Saya sengaja mention mat salleh agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tetapi saya silap sebab Allah tidak pernah tidur dan saya terlupa satu perkara, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran. Walaupun manusia cuba menyelindungkan segalanya.

Saya berharap agar tuan dan puan dapat memaafkan saya. Percayalah, saya tidak pernah mengutuk peribadi atau penampilan kalian. Malah saya sayangkan kalian, doakan kalian. Tuan dan puan usahlah bersedih atau kecil hati dengan netizen yang menghina penampilan kalian sebab siapa tahu pengakhiran tuan dan puan lebih mulai berbanding mereka. Wallahualam.

3. Kepada para followers dan friends yang saya kasihi kerana Allah. Maafkan saya sebab itulah berkali saya tuliskan, public figure itu manusia biasa juga seperti kalian. Jadi, usahlah taksub sebab akan ada masanya diuji secara ringan atau berat. Dan begitu juga sbealiknya kepada mereka yang bukan public figure. Cuma ujian kita berbeza. Tetapi sandaran kita sama, iaitu Allah.

Dan sebab saya berani membuat pengakuan walaupun rasa sedih, air mata, tetapi saya bersyukur masih punya kekuatan, keberanian sebab sandaran saya ialah Allah.

4. Janganlah terus ditengking, diherdik, dimaki, dimarah wanita-wanita yang turut memakai niqab atau purdah. Sebab yang bersalah itu adalah diri saya, bukan diri mereka. Libatkan saya seorang, itu sudah cukup. Bukan niqab atau serban itu yang mulia. Tapi pakaian takwa itu yang mulia. Maafkan saya. - Kak Hassanah

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close