PANAS

"DAH 3 HARI PAKCIK TUNGGU ABANG SAUDARA DI SINI...."



Pagi ini, bila saya berjalan ke office, saya perasan pakcik ini dari semalam berada di sini. Dia duduk sambil membawa dua beg besar, bawah Putra LRT Masjid Jamek.

Pada mulanya, saya ingatkan dia kurang siuman. Tetapi bila saya lihat cara dia memandang pada orang, dia memakai jam dan cara dia jujur, jelas sekali menunjukkan dia bukan orang gila.

Jadi, saya memberanikan diri untuk pergi menegur pakcik ini.

"Pakcik tunggu siapa?"

"Tunggu abang saudara," jawabnya.

"Dah berapa hari pakcik tunggu abang saudara di sini?"

"Dah tiga hari," katanya.

Tiga hari weh! Saya cuba bertanyakan nama dia berkali-kali, namun dia tidak mahu menjawab soalan saya. Jadi saya tanyalah dia tidur di mana.

"Pakcik tidur di surau Masjid Jamek,"

Saya ajak dia pergi makan tetapi dia tidak mahu, sebab dia sudah berusia 78 tahun, jadi selera makan tak berapa ada dan dia takut kalau abang saudara dia tak jumpa dia nanti.

Seriously, saya tak fikir yang abang saudara pakcik ini akan datang. Pakcik ini kata, minggu depan dia nak balik ke Johor. Jadi, kepada sesiapa yang mengenali pakcik ini, tolonglah jemput dia di bawah LRT Putra, Masjid Jamek. Dah tiga hari pakcik ini tunggu. Nak puasa dah ni. - Fakhriah Zaimi

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close