Berita

Kisah Seorang Wanita Berjaya Tidurkan Anak Mat Salleh Buat Mereka Terkejut


Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

"Sit here my boy. "

Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

" Mumy ! Dady ! We are flying ! "

Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..

And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.

" No light inside. No light inside. "
Wuwuwuwuwuwu.... sambil menangis kuat.

Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha... 😂 Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂

Tak tahu nak marah ke nak gelak.
Nak marah terasa comel pulak.
Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂
Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside !
No light inside !
No light inside !

Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂

After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk 'reading' di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.

" Let me try. "

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

" Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. "

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

" Wooooo amazing. Oh my god!!! "

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god ! 
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil' alamin, wassolatu wassalamu' ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala' alihi wasohbihi wattaabi'in wa man tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba'd.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Share jika bermanfaat.

Sumber: www.himpunanceritalawak.com

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close