Informasi

10 Pesawat Paling Laju Di Dunia


Perkembangan aeronautik sememangnya pesat setiap tahun dan pelbagai pesawat dihasilkan memiliki kelajuan yang tinggi hinggakan ada diantaranya mustahil untuk diterbangkan oleh manusia. Kerana kelajuan yang tinggi, pesawat ini terpaksa diterbangkan secara automatik dan dikawal oleh manusia di bilik kawalan di darat. Jom kita lihat kehebatan perkembangan aeronautic ini dengan 10 pesawat paling laju yang pernah dicipta.

1. F111 Aardvark



Dibangunkan pada tahun 1960 oleh syarikat General Dynamics, pesawat ini mula berkhidmat pada tahun 1967 bersama Tentera Udara Amerika Syarikat. Kelajuannya mencecah 1,650 mph.

2. MiG 31



Pesawat ini dibangunkan oleh Rusia bagi menggantikan pesawat MiG 25. Ia dihasilkan oleh syarikat Mikoyan dan pernah dinobatkan sebagai pesawat pejuang terpantas di dunia. Kelajuannya mencapai 1,863mph.

3. F15 Eagle



Pesawat milik Amerika Syarikat ini dibangunkan oleh McDonnel Douglas (kini dikenali sebagai Boeing). Ia diterbangkan buat opertama kalinya pada 1972. Pesawat ini juga turut dieksport ke Israel, Jepun dan Arab Saudi. Ia memiliki kelajuan 1,875mph.

4. XB Valkyrie



Pesawat ini juga milik Amerika Syarikat dan dibangunkan oleh North American Aviation. Kelajuan pesawat ini membuatkan ia sukar dikesan oleh radar dan dijadikan pesawat pengebom Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat ini memiliki kelajuan 2,094 mph.

5. X2



Pesawat yang dibangunkan oleh Bell ini merupakan pesawat pertama yang mencecah kelajuan Mach 3. Ia dibangunkan pada tahun 1952. Pesawat ini mencecah kelajuan 2,056 mph.

6. MiG 25 Foxbat



Pesawat milik Rusia ini memiliki kelajuan supersonik. Ia juga dibangunkan oleh Mikoyan dalam siri MiG. Pengeluaran siri MiG 25 ini bagaimanapun dihentikan pada tahun 1984 selepas 1,190 buah pesawat dikeluarkan. Ia memiliki kelajuan 2,170 mph.

7. SR 71 Blackbird



Juga dikenali sebagai pesawat Lockheed SR71 Black bird. Direka oleh jurutera penerbangan Amerika Syarikat Clarence Kelly Johnson pada 1960, pesawat ini juga dibangunkan serbagai ‘Black Project’ oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia memiliki kelajuan 2,269mph.

8. X15



Pesawat X15 mampu mencapai kelajuan 4,520 batu sejam (7,274 km/j) atau Mach 6.7. Ia juga merupakan pesawat yang dibangunkan dalam siri X oleh North American Aviation. Pada September 2015, X15 memegang rekod dunia pesawat paling laju yang pernah diterbangkan oleh manusia.

9. X43A



X43 merupakan pesawat paling laju yang pernah direkodkan dengan kelajuan mencapai Mach 9.6 atau 7,310 mph (11,000km/j). Ia tidak pernah diterbangkan oleh manusia dan beroperasi secara automatik dan merupakan pesawat tanpa manusia (Unmanned). Ia digunakan oleh NASA untuk pembangunan aeroangkasa Amerika Syarikat.

10. Space Shuttle Discovery



Dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk projek aeroangkasa, pesawat Space Shuttle Discovery menjalankan misi pertamanya bermula 30 Ogos hingga 5 September 1984. Ia merupakan pesawat angkasa. Kelajuannya mencecah 17,500 mph.

Sumber: www.himpunanceritalawak.com

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close