Terkini

"EEW.... TERTELAN BANGKAI CICAK DISANGKA COKLAT TIRAMISU !" (VIDEO)



JIJIK, bangkai seekor cicak ditemui dalam Tiramisu oleh seorang pengunjung sebuah restoran makanan Barat.

Kejadian itu dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Lamia setelah berkunjung ke Holycow! Steakhouse By Chef Afit dan foto itu menjadi viral setelah dimuat naik ke laman sosial Path miliknya.

Tambah menjijikan lagi, mangsa telah memakan kepala cicak itu kerana disangkakan chocolate flakes.



“Astagfirullah, makan tiramisu di Holycow ada cicak matinya. Segede gini, gw gigit-gigit kepalanya kirain chocolate flakes ternyata mayat cicak,” tulisnya pada foto itu.

Bangkai cicak itu ditemui di dalam salah satu produk jenama MISU, yang merupakan antara pembekal kepada restoran berkenaan.



Setelah mendapat maklumat berkenaan insiden itu, pihak restoran tersebut telah menarik balik semua produk itu daripada vendor-vendornya pada 19 Mei serta menamatkan kerjasama dengan pihak MISU.

Jelas pemilik restoran itu, Chef Afit, kejadian seumpama ini tidak boleh dibiarkan dan akan lebih berhati-hati dalam memilih pembekal pada masa akan datang.


Malah pihak MISU melalui Twitternya turut memohon maaf kepada mangsa dan bertanggung jawab sepenuhnya di atas kejadian yang memalukan itu. 

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close