Terkini

Seorang Budak Lelaki Mendapat Ikan Hanya Menggunakan Pemancing Mainan

1-2_1

Oleh Ina Mohd. Sumber FB Huffpost Good News

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ini yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki. Asalnya dia mahu mencuba memancing bersama bapanya. Paling best dia hanya menggunakan pemancing permainan. Walaupun menggunakan pemancing permainan tetapi dengan penuh gaya dia melemparkan pancingnya itu ke sungai. Dia tidak menyangka dia akan mendapat ikan. Kanak-kanak, apalah sangat yang mereka tahu. Mungkin melihat bapanya memancing, bapanya pun membeli pancing mainan.

Bagus bapa kanak-kanak ini kerana mengajar anak untuk dekat dengan alam sekitar. Setidaknya kanak lelaki ini seronok dapat bersama bapanya. Anda pasti tidak percaya. Dengan pemancing permainan, kanak lelaki ini dapat seekor ikan. Bukan kecil, tetapi besar! Anda kena tonton sendiri video berdurasi 1 minit itu. Gembira sungguh kanak lelaki tersebut.

Tertarik dengan komen-komen netizen yang memuji bapa kanak lelaki ini. Dia membantu dan mengajar anaknya untuk mengambil ikan yang dipancing dari pemancing. Dia biarkan anaknya itu belajar cara-cara memancing. Terbaik!

 

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close