Terkini

"TUHAN BAGI KAKI & TANGAN BUKAN UNTUK BUAT KERJA BODOH !"


Apalah dosa lelaki ini pada manusia yang berhati busuk, lagi keji. Sewajarnya individu yang berusaha mencari pekerjaan dipandang baik berbanding yang manusia yang sempurna 100% hanya pandai mengemis mengharapkan simpati.

Itulah yang berlaku pada Jain Jain yang membuat street perfomance terkilan dengan tindakan seorang lelaki yang menganggap pekerjaan dan dirinya bodoh.

"Bos, sedar-sedarlah. Kau ada kaki ada tangan! Tuhan bagi untuk bekerja faham!! Bukan buat benda bodoh," katanya dalam nota kecil yang diberikan pada Jain.

Menurut Jain, apa yang dilakukan itu adalah kerja sampingan untuk menghiburkan hati.

"Saya tidak faham kenapa ada orang tersalah menilai kerja saya untuk hiburkan hati masyarakat ini.

"Saya ada kerja tetap, setiap bulan menerima gaji. Tetapi saya buat kerja sampingan ini untuk menghiburkan hati. Kepada orang yang tidak berminat, saya minta maaf," katanya.

Semoga individu yang menulis kenyataan 'bodoh' itu sedar dan tidak sewenang-wenangnya menganggap pekerjaan orang lain 'bodoh'. - SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close