PANAS

Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas (CPR) : Bahagian 3

Artikel ini bersambung dari: Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas: Bahagian 2

Pertolongan Cemas Untuk Serangan Jantung Sawan Dan Stroke

Sakit Dada/Serangan Jantung:
 Prevent-heart-attack
Demi keselamatan, kita harus menganggap mana-mana sakit dada yang kuat sebagai serangan jantung atau insiden kardiovasular.
  1. Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
  2. Jika diketahui mangsa memhidapi penyakit jantung, dia seharusnya ada membawa ubat bersama-sama. Cari ubat yang berlabel ‘sublingual GTN’ dan letakkan satu tablet di bawah lidahnya.
  3. Jika pada bila-bila masa mangsa berhenti bernafas, mulakan CPR sehingga bantuan tiba.

Sawan:
seizure
Sawan atau ‘tarik’ biasanya terhad sendiri dan akan akhirnya berhentii.
  1. Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
  2. Taksirkan bahaya dan jika boleh, bawa mangsa keluar daripada persekitaran berbahaya.
  3. Letak mangsa dalam posisi pemulihan (iringkan seluruh tubuh ke sebelah kiri).
  4. Letakkan benda lembut di bawah kepalanya cth: jaket, selimut.
  5. Tanggalkan pakaian ketat seperti tali leher dan rantai leher.
  6. JANGAN CUBA HENTIKAN PERGERAKAN.
  7. JANGAN LETAK APA-APA DI DALAM MULUT MANGSA.
  8. Tunggu sawan habis dan periksa pernafasan/nadi.
  9. Mulakan CPR jika perlu.
  10. Jika pernafasan normal, duduk bersama mangsa sehingga dia betul-betul sedar. Jangan beri makanan atau air sehinggalah dia betul-betul sedar.

Strok:
FAST
Kebelakangan ini, pengurusan strok akut telah bertambah baik dan membawa mangsa ke hospital secepat mungkin adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang mangsa pulih daripada strok.
Untuk menguji strok, gunakan akronim ini: F-A-S-T
  • F: Face. (muka). Perhatikan jika ada asimetri (ketidakseimbangan bentuk) pada muka (contoh: mulut senget sebelah).
  • A: Arm drift. (tangan hanyut). Minta mangsa mengangkat kedua belah tangan pada 90 darjah. Belah yang strok akan lambat-laun ‘hanyut’ ke bawah.
  • S: (pertuturan). Minta mangsa menuturkan satu ayat yang mudah dan dengar sama ada pertuturannya jelas atau kabur.
  • T: Time. (masa). Ingat pukul berapa gejala-gejala tadi timbul (berguna kepada para doktor di hospital untuk rawatan lanjut)
Bawa mangsa ke hospital dengan kenderaan jika boleh. Jika tidak, tunggulah ambulans. Sekali lagi, lakukan CPR jika mangsa berhenti bernafas.

bealifesaver-223x164
Kesimpulan
Ini ialah beberapa contoh apa yang boleh dibuat dalam situasi kecemasan. Dengan sedikit ilmu pertolongan cemas, peluang mangsa untuk terus hidup lebih tinggi. Berbaloi jika anda tahu. Modul-modul Sokongan Hayat Asas ada diajar di Malaysia, termasuklah latihan dan pensijilan CPR. Kadang-kadang, ada juga bengkel percuma atau berbayar dibuat di seluruh negara.  Sila hubungi doktor keluarga anda atau hospital berdekatan untuk maklumat lanjut.
Dengan artikel ini, saya harap kaedah pertolongan cemas asas dapat diamalkan dengan lebih meluas dalam masyarakat kita. Ingatlah, bantuan awal menyelamatkan nyawa.


Rujukan:.
  • 2010 American Heart Association Guidelines for Cardiopulmonary Resuscitation and Emergency Cardiovascular Care Science – Available at: http://ift.tt/1WLKmb5
  • 2010 American Heart Association and American Red Cross Guidelines for First Aid. Available at:http://ift.tt/1OI1C8I
  • http://ift.tt/1sc7orm
  • http://ift.tt/1OI1tCi
  • http://ift.tt/1WLKqYp
  • http://ift.tt/1OI1p5r


The post Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas (CPR) : Bahagian 3 appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close