PANAS

Kecoh Lelaki Pukul Isteri Dalam Lif, Dipenjara 8 Bulan


BUKIT MERTAJAM - Muhammad Affandi Ismail, 38, dijatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas didapati bersalah mencederakan isterinya di dalam lif pada kejadian Ogos 2013. 

Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar keputusan yang dibacakan Majistret Mohd Fitri Sadarudin, lapor Harian Metro.

Hukuman dan denda itu dijatuhkan kepada penjawat awam itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes. 

Majistret Mohd Fitri berkata, tindakan tertuduh memukul isterinya di khalayak ramai dan di depan anak-anak kecil mereka tidak dapat diterima mahkamah. 


"Memandangkan kamu mempunyai pendidikan tingi sehingga ijazah dan beragama Islam, kamu seharusnya tahu bahawa banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk mendidik isteri. 

"Tindakan memukul isteri juga adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Seharusnya kamu menghormatinya, ditambah dia juga menjaga tiga anak kamu," katanya. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan bermula dari tarikh sabitan terhadap Affandi dan denda sebanyak RM2,000 serta penjara dua bulan jika gagal membayar denda. 

Pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013, Affandi didakwa mencederakan isterinya, Siti Khadijah Ahmad Ramli, 40, di dalam lif sebuah hospital swasta, Perda. - PIXEL MEDIA

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close