PANAS

Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi?. SILA BACA LEBIH LANJUT.


Pernah dengan orang-orang tua cakap seperti ini tak? 

"Ha! Tu anak awak hisap ibu jari kaki. Petanda nak adik lagilah tu,"

Kita yang dengar ini dok terfikir-fikir, eh baby Waldan baru berusia 5 bulan, takkan dah nak ada adik?

"Huuuu jangan lagi.."

Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urutlah senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap orang-orang tertentu.

Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes. 


Subhanallah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat meransang otak dan emosi mereka. 

Jom urut baby kita setiap hari, mesti mereka gembira. Semoga bermanfaat. - Adiekna Darwisya 

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close