Setelah 18 hari ditayangkan di pawagam, pengarah dan penerbit filem Ola Bola bakal berdepan kemungkinan disaman oleh bekas pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow 36 tahun lalu.
Filem tersebut yang setakat ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM12 juta itu adalah hasil arahan Chiu Keng Guan yang pernah mempunyai rekod tertinggi tayangan filem arahan beliau sebelum ini, The Journey pada 2014.
Khalid Ali dalam kenyataannya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit filem tersebut atas dakwaan filem itu telah memutar belit fakta berdasarkan kisah sebenar.
Khalid Ali turut menyatakan, watak Ali dalam filem tersebut adalah beliau, tetapi menafikan yang menjaringkan gol bukanlah watak Ali.
Berdasarkan pada fakta sebenar, yang menjaringkan gol adalah James Wong dan pasukan harimau malaya berjaya menjaringkan gol 2-1 dan bukannya 3-2 seperti yang disiarkan dalam filem Ola Bola.
Khalid meminta pihak penerbit filem Ola Bola agar menghormati dan bertanggungjawab ke atas bahan sejarah ini demi kebaikan generasi akan datang.
Mneurut laporan pada minggu lalu, Hassan Sani seorang lagi legenda bola sepak negara yang turut sama beraksi pada ketika itu mendapati beberapa fakta kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah.
Berdasarkan fakta, pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow.
Fakta lain yang diubah seperti pemain yang menjaringkan gol kemenangan sebenarnya memakai jersi bernombor 9, tetapi disiarkan di dalam filem dengan pemain itu memakai jersi nombor 10.
Seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan James Wong turut melahirkan rasa kecewa dan berkata fakta sejarah tidak boleh diubah kerana ia akan mengelirukan generasi muda hari ini
0 comments:
Post a Comment