Dalam masyarakat sibuk membincangkan perihal kedatangan pekerja warga asing ke negara, tak kurang juga golongan belia hari ini bimbang akan kesukaran mencari kerja ditambah pula dengan gaji minimum yang ditawarkan, menjadi satu perkara yang sebegitu lazim yang seringkali dibincangkan sehingga kini.
Lebih menyukarkan lagi fasa kehidupan belia hari ini adalah kesukaran untuk mendirikan rumahtangga yang menyumbang kepada sebab utama golongan muda hari ini memilih untuk kahwin lambat.
Pelbagai faktor antaranya mencari sumber kewangan yang kukuh, tidak ada pekerjaan tetap, risau akan kos perkahwinan yang semakin meningkat adalah sebahagian asbab mengapa belia hari ini mengeluh jika berbicara soal perkahwinan.
Berdasarkan kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan peratus wanita di negara ini memilih untuk berkahwin lewat disebabkan tiada calon yang sesuai, manakala 56 peratus lagi mewakili lelaki mengakui berhadapan masalah kewangan yang menjadikan faktor utama golongan ini lambat kahwin.
Berdasarkan infografik yang diterbitkan dari portal Astro Awani, dapat kita lihat beberapa faktor yang kerap kali berlaku mengapa belia di negara ini memilih untuk menangguhkan perancangan kehidupan mereka dalam erti sama memilih untuk hidup membujang atau kahwin lewat.
Berdasarkan kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima, bagi tahun 2016 menunjukkan;
1. Golongan bujang di negara ini adalah lingkungan 25-49 tahun.
2. Purata perkahwinan di Malaysia adalah sekitar usia 31 tahun. Pada usia ini, golongan belia di Malaysia menamatkan zaman bujang mereka.
3. Kajian turut menyatakan, sebanyak 86.8% golongan dewasa di negara ini mempunyai keinginan untuk berkahwin.
4. Umur ideal untuk berkahwin mengikut pandangan masyarakat adalah 28 tahun bagi lelaki dan 26 tahun bagi wanita.
5. Manakala, umur perkahwinan lewat menurut tinjauan adalah sekitar usia 37 tahun bagi lelaki dan 33 tahun bagi wanita.
3 Sebab Utama Lewat Berkahwin
Berdasarkan tinjauan, Bagi golongan LELAKI;
1. 56% mengakui menghadapi masalah kewangan.
2. 18.4% tiada pasangan yang sesuai
3. 9.4% dari tinjauan menyatakan ingin fokus pada kerjaya
Bagi golongan WANITA;
1. 35.7% dari tinjauan mengakui masih lagi belum bertemu dengan pasangan yang sesuai.
2. 26% dari golongan wanita menghadapi masalah kewangan untuk merancang berkahwin
3. 18.1% memilih untuk fokus pada kerjaya.
Infogrik yang disiarkan dari kajian KPKMK 2016 ini turut menambah;
Antara kualiti pasangan yang dicari oleh golongan lelaki adalah,
1. 39.6% lelaki memilih pasangan yang memegang kuat pada agama(Beriman)
2. 30.4% lelaki memilih seorang wanita yang bertanggungjawab untuk dijadikan bakal pasangandan
3. 26.4% daripada mereka menyatakan pasangan yang mempunyai adab dan sopan santun sebagai pilihan utama.
Manakala di pihak wanita, kualiti pasangan yang dicari oleh golongan ini adalah;
1. 47.1% dari tinjauan mengakui pasangan yang dipilih semestinya seorang yang bertanggungjawab.
2. Seramai 40.6% dari tinjauan memilih pasangan yang memegang teguh pada agama (Beriman)dan,
3. 33.4% daripada golongan mengakui memilih lelaki yang bekerjaya sebagai prioriti.
Menerusi tinjauan yang dibuat, turut mendedahkan persepsi masyarakat terhadap Perbelanjaan Perkahwinan.
Kebanyakan masyarakat hari ini memilih bajet sekitar RM19,8000. Jumlah tersebut termasuklah wang hantaran, perbelanjaan perkahwinan melibatkan pakaian, pelamin, majlis untuk tetamu dan sebagainya.
Manakala berdasarkan responden memberitahu, sejumlah RM13,443 adalah jumlah yang mampu disediakan untuk perkahwinan.
Tinjauan turut menambah, sebanyak 90.1% peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan untuk perancangan masa depan.
Ia termasuklah 71% adalah simpanan KWSP
65.9% adalah dari simpanan bank
36.8% pula simpanan dari insurans, dan
35.8% memilih pelaburan saham sebagai simpanan masa depan.
Tinjauan terhadap golongan yang belum berkahwin ini turut mendedahkan, sebanyak 19.2% dari golongan ini pernah melakukan hubungan seks, 58.2% dari hubungan tersebut tidak pernah menggunakan kaedah perancang.
Sebanyak 15.5% golongan wanita yang belum berkahwin pernah mengandung hasil dari hubungan seks yang tidak sah dan kajian turut mendedahkan sebanyak 10.8% dari golongan ini mempunyai pasangan seks lebih dari seorang
0 comments:
Post a Comment