Berita

Maut Kerana Inginkan Gambar Selfie Menarik


Dua remaja maut apabila mereka dirempuh oleh sebuah trak dekat lapangan terbang di Turki dek kerana sibuk inginkan gambar selfie yang berlatarbelakangkan gambar kapal terbang,

Lima sekawan tersebut telah menyewa sebuah kereta dan sedang dalam perjalanan dari Alanya ke Antalnya telah berhenti di sebatang jalan yang gelap, berdekatan dengan kawasan lapangan terbang berdekatan.

Malang tidak berbau kerana jalan tersebut sangat gelap dan pemandu trak berkenaan tidak nampak akan kelibat mereka. Ini menyebabkan dua rakan mereka dirempuh oleh trak berkenaan.

Mangsa yang terbunuh akibat rempuhan itu adalah Muhammet Bozkurt, 17, dan Caglar Savasci, 19, manakala tiga lain terselamat dari insiden berdarah itu.

Namun atas dasar tanggungjawab, pemandu trak berkenaan telah menghubungi jabatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan lanjut. Pihak polis mengesahkan tiga remaja tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kurang pertimbangan sewaktu ditemui.

Jadi, berhati-hatilah sekiranya ingin dapatkan gambar selfie yang ekstrem, janganlah kita menggadaikan nyawa kita untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah seperti ini. -mynewshub

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close