Berita

Laut Bertukar Merah Di Kuantan


Satu kejadian lautan bertukar kepada warna merah telah berlaku di sekitar pantai di Kuantan. Ini merupakan kejadin kali kedua yang berlaku sepanjang tahun ini.

Dua portal berita telah melaporakn tentang berita ini iaitu Berita harian dan juga Star. Di laman sosial pula, banyak gambar fenomena lautan merah itu yang dikongsi oleh orang ramai.

Jom baca dengan lebih lanjut:

LAPORAN BERITAHARIAN:

Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam berlaku selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak.

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

Penduduk, Zulkifli Samad, 23, berkata perubahan air laut itu dikesan sejak awal pagi semalam berikutan hujan berterusan kira-kira 24 jam di daerah ini. 

Zulkifli berkata, ini adalah kali kedua fenomena seumpama ini berlaku di kawasan berkenaan dan kali pertama air laut di situ menjadi kemerah-merahan ialah pada hujung bulan Mei lalu.

 Dalam kejadian laut merah pertama di Tanjung Gelang pada Mei lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan bahawa perubahan warna itu tidak berbahaya kepada hidupan laut dan masyarakat setempat.

Siasatan dan penilaian JAS juga mengesahkan ia berpunca daripada pencemaran bauksit yang memasuki Sungai Pengorak sebelum mengalir ke laut. 

Siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada tempat basuhan lori membawa bauksit di kawasan Kuantan Port Consortium (KPC) iaitu kira-kira 750 meter dari sungai berkenaan.

LAPORAN MSTAR

Penduduk yang tinggal di tepi laut dan pengunjung dikejutkan dengan perubahan Pantai Batu Hitam menjadi lautan berwarna merah berikutan hujan lebat pada malam sebelumnya. 

Seorang peniaga Anita Awang, 38, berkata air laut bertukar warna merah seperti air keruh sejak awal pagi, menyebabkan ramai pelanggannya merakamkan fenomena luar biasa itu. 

"Suami saya menganggap ia hanyalah pergerakan pasir tetapi apabila saya meletakkan tangan saya ke dalam air itu, ia benar-benar berwarna merah, bukan berwarna kelabu dari pasir pantai," katanya.

Wanita kelahiran Kuantan berkenaan berkata ia adalah pertama kali dia melihat fenomena seperti itu. 

Malah katanya, warna tersebut menjadi lebih jelas semasa air pasang sekitar pukul 8 pagi. 

Peniaga keropok, Esah Awang, 68, berkata Pantai Batu Hitam sering dipenuhi lumpur apabila musim tengkujuh. 

"Ya, tetapi pada tahun ini keadaan lebih teruk," katanya yang berpindah ke Beserah sejak 50 tahun lalu. 

Beliau turut memberi mengingatkan orang ramai supaya tidak mandi di pantai apabila air bertukar warna untuk mengelak sebarang insiden tidak diingin berlaku. 

Tinjauan The Star di sepanjang jalan Beserah-Kuantan mendapati laluan sepanjang tepi pantai turut menampakkan kesan pencemaran. 

Sekitar pukul 3 petang, kejadian air pasang surut meninggalkan kesan air berwarna coklat dan berlumpur. 

Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar berkata kebanyakan penduduk memuat naik gambar lautan merah dalam laman Facebook kumpulan tersebut, mendorong mereka menyiasat kejadian berkenaan.

"Amaran kita mengenai apa yang akan berlaku benar-benar terjadi," kata Ali yang merujuk kepada bahaya bauksit yang dihanyutkan ke dalam sungai dan longkang semasa musim hujan. 

Pencemaran akibat perlombongan bauksit telah merebak ke kawasan Beserah dan diburukkan lagi dengan sebilangan besar lori yang membawa tanah merah ke Pelabuhan Kuantan di Gebeng, kurang 15 kilometer dari Pantai Batu Hitam.

Ini gambar-gambarnya:






About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close