Disebalik berita mengatakan kononnya kerajaan Brunei mengharamkan sambutan Krismas di negara tersebut, nampaknya media barat seperti AFP cuma memainkan isu dan menjadi hero dalam hal ini apabila mereka dilihat telah menyerang pemerintahan Brunei mengenai perkara ini.
Kalau dibaca dengan teliti Brunei tidaklah melarang sambutan secara total seperti yang diputarbelit berita antarabangsa, ini kerana Brunei hanya mengharamkan sambutan itu disambut oleh orang Islam kerana menyalahi hukum syarak dan di tempat-tempat awam manakala penganut Kristian masih boleh meraikannya di gereja dan tempat atau premis persendirian.
Pada 24 Disember lalu, agensi berita antarabangsa AFP yang menjadi sumber rujukan popular media telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pemerintah negara minyak terkaya rantau Asia tenggara itu melarang sambutan perayaan Krismas oleh rakyatnya.
Untuk pengetahuan semua, peraturan yang ada bukanlah peraturan baru malahan ia sudah dikuatkuasakan sejak tahun lalu lagi selaras dengan pelaksanaan undang-undang ketat jenayah dan syariah Islamiah secara rasmi berperingkat-peringkat.
I heard a news that christmas celebration was banned in Brunei. So I went to the biggest church in Brunei, about 15...
Posted by Muhamad Harris Nasril on Friday, December 25, 2015
Selain itu, negara kecil berkenaan majoritinya penduduk Islam dan kebanyakkan penganut Kristian biasanya melibatkan masyarakat asing atau ekspatriat pegawai dagang luar negara bermastautin di Brunei.
Apa yang lebih memeritkan, AFP sengaja memperbesarkan isu ini dimana ia seolah-olah cuma Brunei sahaja yang tidak meraikan sambutan Krismas.
Antara negara Islam tidak cuti Krismas ialah Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.
Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodok.
Jangan terkejut, Israel yang terletak dekat sahaja Gereja Nativiti di Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S. atau Jesus menurut kepercayaan masyarakat Kristian Katholik pun tidak bercuti pada hari Krismas!
Bagi negara bukan Islam tiada cuti Krismas pula antaranya Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Mungkin dengar agak aneh atau janggal tetapi itulah realiti sebenarnya.
Ada negara Islam bercuti Krismas iaitu Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia, sementara Pakistan pula cuti 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.
Ia sudah pasti merupakan agenda tersirat gerakan Zionis antarabangsa yang menghentam Brunei gara-gara melaksanakan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir dalam undang-undang jenayah.
Jadi tidak hairanlah media barat ini berjaya mempengaruhi seluruh dunia dengan cerita rekaan mereka kepada seluruh dunia kononnya Brunei teruk yang amat sangat dan wajar dikutuk, hanya sebab ‘marah’ tindakan Sultan Brunei mahu mentadbir negara itu sebagai model negara Islam.
Ironinya, tidak ramai tahu banyak negara lain termasuk bukan Islam yang juga tidak menyambut Krismas, bahkan perayaan terbesar Kristian itu bukan diwartakan sebagai cuti kebangsaan dalam kalendar rasmi negara mereka
Sumber: www.himpunanceritalawak.com
Sumber: www.himpunanceritalawak.com
0 comments:
Post a Comment