CHINA - Video seorang lelaki berpakaian cheongsam demi menceriakan ibunya yang sudah uzur, viral di media sosial negara itu.
Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu menunggang motosikal roda tiga, sementara ibunya duduk berhat di belakang. Dia kemudian melayan dan menyuap makanan pada ibunya meskipun orang sekeliling memandangnya dengan pandangan yang aneh kerana dia memakai cheongsam berbunga biru.
Menurut lelaki itu, dia telah berpakaian seperti itu sejak dua dekad yang lalu selepas kakaknya meninggal dunia.
"Selepas kakak meninggal dunia, ibu mengalami kemurungan yang sangat teruk. Jadi, untuk membuatkan dia kembali ceria seperti biasa, saya mula berpakaian seperti perempuan agar dia menyangka kakak saya telah kembali ke pangkuannya," katanya.
Selepas melihat ibunya begitu gembira melihat dirinya yang disangka mendiang kakaknya, dia tahu yang dia tidak dapat kembali berpakaian seperti lelaki. Kini, dia langsung tiada pakaian lelaki.
Bagi menyara kehidupan mereka berdua, lelaki itu bermain seruling di jalanan dan meraih wang dari mereka yang sudi membantu. Lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an ini tidak pernah berkahwin dan sepanjang hidupnya dihabiskan bersama ibunya.
"Saya tidak kisah apa yang orang fikir tentang pakaian saya," katanya.
Sumber : Gengviral
0 comments:
Post a Comment