SEMASA

Video Remaja Lelaki Di Tangkap Selepas Letak Kamera Dalam Tandas Wanita


Satu rakaman video yang viral di laman WhatApp baru-baru ini menunjukkan seorang remaja lelaki di tangkap oleh seorang wanita selepas melakukan satu hal yang kurang ajar.

Remaja terbabit di katakan telah meletakkan sebuah kamera di celah-celah kain baju bagi merakamkan aktiviti wanita apabila menuju ke bilik persalinan.

Bukan itu saja, remaja tersebut dikatakan juga telah meletakkan sebuah lagi kamera di dalam sebuah tandas di kedai terbabit.

Kamera tersebut di letakkan di situ adalah bertujuan untuk merakamkan pengunjung-pengunjung yang menggunakan tandas tersebut.

Seorang wanita yang berjaya menghidu aktiviti remaja tersebut telah merakamkan kejadian itu dan memuat naik di laman sosial dan di katakan video tersebut kini menjadi viral.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu marah dan akan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.



Jadi kepada kaum wanita, berhati-hatilah anda semasa berada di dalam tandas ataupun di dalam bilik persalinan baju mungkin perkara ini boleh terjadi kepada anda juga.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close