Menurut kapsyen kepada video tersebut, Jannie Lee berkata: “Jangan fikir aksi ini akan membuatkan anda kelihatan hebat! Ada pasti akan menyesal dengan akibatnya.”
Video pertama menunjukkan seorang lelaki yang menunggang ‘skuter’ bersama seorang wanita kelihatan melakukan aksi wheelie stand dalam keadaaan motosikal sedang bergerak laju.
Manakala, sebuah lagi rakaman menunjukkan ‘pasangan’ berkenaan mengalami kecederaan teruk didakwa akibat lagak ngeri itu, dimana gadis berkenaan dilihat cuba untuk bangun, sementara teman lelakinya pula dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 5 juta pengguna Facebook. Bagaimanapun, netizen mempertikaikan kesahihan insiden tersebut yang didakwa tidak benar.
Seorang pengguna Facebook cuba menjelaskan dakwaan tersebut berdasarkan cara pemakaian pasangan kekasih itu dan jenis motosikal yang digunakan.
“Lihat motosikal adalah berbeza dan lelaki terbabit, di dalam video pertama memakai seluar pendek (tetapi) dalam video kedua, dia berseluar panjang,” jelas seorang pengguna Facebook.
Bagaimanapun, tidak dimaklumkan bila dan dimana insiden tersebut berlaku.
Benar ataupun tidak insiden tersebut, orang ramai disarankan supaya tidak melakukan aksi berbahaya ketika berada di jalan raya kerana ia boleh mengundang risiko kepada pemandu dan juga orang lain.
Jadi, adakah kejadian tersebut benar? Anda lihat dan tentukan sendiri berdasarkan video di bawah:

Sumber : Yismauripan
0 comments:
Post a Comment