PANAS

Sofea Ilias Kembali Jadi Wanita..'Kali Ini Saya Tewas'

Awal tahun 2016 yang lalu, laman-laman media sosial di Malaysia dipenuhi dengan berita peningsafan seorang mak nyah yang katanya telah mendapat hidayah dan ingin kembali ke pangkal jalan.


Berita penginsafan Sofea Ilias yang merupakan seorang usahawan barangan kosmetik ini mendapat liputan meluas media tempatan dan Singapura yang rata-ratanya memuji tindakan maknya ini yang dilihat berani dan patut dijadikan teladan kepada golongan-golongan maknyah dan pejuang-pejuang LGBT tempatan dan luar negara.

Namun, seperti kad prabayar, ianya tidak mampu bertahan lama dan turut mempunyai tarikh luputnya.

Hari ini, Sofea Ilias telah memuatnaik sekeping gambar ke dalam laman Instagram beliau. Gambar beliau berambut panjang berwarna kekuningan menggayakan long dress berwarna kelabu ini turut diserta kapsyen yang ditulis khas kepada peminat-peminat beliau.

Tidak lama selepas itu, Sofea turut memuatnaik sekeping gambar yang merupakan screenshot perbualan di antara beliau dengan keluarga beliau.


About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close