KOTA KINABALU - Video seorang penunggang motosikal melarikan diri selepas melanggar seorang pelajar sekolah menengah, viral di media sosial.
Dalam kejadian yang berlaku di Luyang itu, mangsa cuba melintas jalan raya itu setelah kereta berhenti memberikan ruang untuknya melintas.
Malangnya penunggang motosikal jenis Modenas, nombor pendaftaran SAB4572W, berwarna biru, tidak berhenti dan terus merempuh mangsa. Akibat dari rempuhan itu, mangsa terpelanting ke depan.
Meskipun penunggang motosikal terbabit tidak terjatuh, lelaki terbabit terus berlalu pergi tanpa menghiraukan mangsa yang cedera akibat rempuhan itu.
Kejadian itu berjaya dirakam oleh dan dimuat naik ke media sosial agar orang ramai membantu mengesan penunggang motosikal terbabit.
Hasil pemeriksaan netizen mendapati, motosikal itu didaftarkan di bawah nama seorang lelaki yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, berumur 23 tahun.
Difahamkan, penunggang terbabit telah menyerah diri di balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut. - The Reporter
Difahamkan, penunggang terbabit telah menyerah diri di balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut. - The Reporter
Sumber : Cite Heboh
Sumber : Jamgetah
0 comments:
Post a Comment