PANAS

'Macam Mana Hubungan Nak Berkat & Bahagia Kalau Niat Kahwin Tak Betul?'


Hai semua. Aku memang follow page IIUM Confessions ini, banyak yang bincang hal-hal perkahwinan, kahwin cepat, lambat, bab-bab perbelanjaan perkahwinan pun ada. Aku nak tanya, apa sebenarnya tujuan korang-korang ini semua nak berkahwin eh? 

NIAT BERKAHWIN

1. Ada yang couple lama, 5 - 7 tahun. Dari keluar berdua-dua begitu, baik nikah saja, ye tak? Boleh 'dating halal', boleh pegang-pegang, manja-manja sebab status sudah bertukar. Dulu haram, sekarang dah halal, kan? 

2. Ada yang berkahwin sebab tengok orang lain dah kahwin. 

"Eh? Macam sweet je kahwin ni. Seronok, dicintai, disayangi, romantik saja tengok diorang yang sudah berkahwin itu update status sweet-sweet saja. Senyum saja 24 jam, 34 jam. Eh teringinnya. Bila turn aku pula?" 

3. Ada pula yang, 

"Eh, tak naklah couple-couple ni. Baik bercinta selepas nikah terus. Bebas, cinta halal."

Tetapi sebelum dapat bernikah itu, terfikir point 1 dan 2. Boleh bermanja-manja dan teringin sebab orang lain dah kahwin. Yang ini aku tak mention semua, sebilangannya akan terfikir begitu. Maksud aku, yang bajet under 'couple islamik'. 

Maaf aku cakap, kalau inilah yang korang semua fikirkan, maknanya niat korang sudah tersasar daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tidak dinafikan kahwin ini memang seronok. Memang sweet terutamanya pada usia 2, 3 bulan perkahwinan. Masa ini, partner tak ada depan mata pun rasa rindu sangat-sangat, tak nak berenggang, nak melekat macam gam 24 jam. I lap you, you lap me. 

Sekarang, berbalik kepada tujuan perkahwinan yang sebenar. Niat itu kena betul, kalau setakat berniat seperti point 1, 2 dan 3, semak balik hati dan betulkan niat. Kita nak berkahwin ini biarlah kerana Allah, kerana sunnah Rasulullah berkahwin, kerana ingin menambahkan umat Muhammad dalam muka bumi ini. 

Kenapa aku cakap betulkan niat? Sebab setiap perbuatan itu memang dimulai dengan niat kan? Paling penting, betulkan niat kerana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan ini. Niat kita itu akan memberi kesan kepada perkahwinan kita sebenarnya. 

Kalau setakat fikir, 

"Okay, kahwin dulu. Anak kemudian. Honeymoon dulu," 

Itu pun korang dah lari dari tujuan asal perkahwinan dalam Islam sebenarnya. Nampak sangat niat berkahwin itu hanya untuk berseronok sahaja. Kemudian, bila disahkan mengandung, jem dulu kepala otak, sabut bagai. 

"Aduh, kenapalah awal benar mengandung ni? Tak puas lagi nak bermesra-mesra. Kewangan pun tak stabil lagi, nak tambah lagi pula. Serabutlah!"

See? Rujuk niat asal. 

Kalau kahwin pula, ditakdirkan untuk tidak mendapat zuriat. Orang lain pula yang mengata. Keinginan untuk dapatkan anak semakin membuak-buak sebab orang lain yang kahwin lewat dari kita sudah mengandung, anak dah besar dan kita masih belum dapat lagi. Cuba rujuk semula niat asal masa kita berkahwin dulu, ada tak niat nak berseronok itu?

Kalau niat nak kahwin okay, nak terus dapat nak, nak terus lekat sebab faktor umur, sebab suka budak-budak, mungkin juga ada sikit sebab nak menunjukkan yang aku ini subur. Tetapi, ditakdirkan tak dapat-dapat juga lagi. Semak semula niat, nak kahwin kerana anak atau kerana Allah yang utama? Siapa yang rezekikan anak? 

Kalau kau bercinta bertahun-tahun, kemudian kahwin, tak pun kau kahwin sebab kahwin ini kau dengar sweet. Okay, bulan pertama, kedua, ketiga kau bahagia yang amat. Okay. Tetapi bila kau nampak perangai sebenar pasangan kau, aku tak bagi contoh besar, contoh kecil saja seperti kau kena menghadap pasangan kau kentut setiap hari. Sanggup? 

"Ai? Kata sweet sampai jannah kan? Takkan tak tahan hari-hari pasangan kau kentut?"

Orang lelaki ini belum dapat je cover-cover kentut itu. Bila dah dapat, sekali bom atom dia bagi kau. Belum kira bab berak tak reti flush, spender bergulung berbentuk 8, stokin busuk letak merata-rata.

Orang perempuan sebelum dapat cover makan ayu-ayu, kononnya berdiet. Sekali bila dah kahwin, selera makan macam gajah, gelojoh pula tu. Tidur air liur basi meleleh, pemalas nak mandi, semua terbongkar weh kalau dah duduk serumah bertahun-tahun. Hari-hari kena menghadap dia. 

Aku tak masuklah part pemalas, pengotor, kaki pukul, kaki judi, kaki carut dan segala jenis kaki yang ada. Kemudian? 

"Menyesal aku kahwin. Kalau aku tahu dia berperangai macam ni.." 

Cuba semak semula niat asal kau berkahwin. Nak seronok kan kahwin? 

PERKAHWINAN = KOMITMEN

Kalau rasa-rasa tak sanggup nak beri komitmen, sila membujang. Sila lihat sama ada korang ni betul-betul bersedia atau tak nak berkahwin bila:

1. Bangun tidur jam 9, 10, 12. Jangan sesiapa pun kacau aku tidur, kalau tak aku mengamuk. Tak sanggup berjaga malam menyusukan anak, tukar pampers anak, layan karenah anak main/mengamuk sedangkan esok pagi korang kena bangun awal pergi kerja/kelas. Maaf, anak korang terutamanya bayi tak pernah kenal erti siang/malam. 

"Janji korang kena layan aku" kata bayi-bayi tersebut. 

Ini tertakluk kepada kaum ibu dan bapa dan bukan hanya tugas seorang ibu sahaja. 

2. Malas memasak. Tak pandai masak tak apa, jangan malas memasak. Pokailah kalau hari-hari makan di luar. Nak ada pembantu rumah, kau kahwin dengan rakyat marhaen saja pun. 

3. Tak reti mengemas rumah atau buat kerja-kerja rumah. Pinggan, cawan sebiji pun tak reti nak basuh. Semua nak mengharapkan orang. Basuh baju sendiri pun pemalas, sanggup pakai baju recycle. Tempat tidur tak reti nak kemas, rumah tak bersapu, kain baju kotor bersepah. Bila balik rumah, menghadap handphone, tidur, langsung tak peduli rumah dah macam tongkang pecah. 

Inilah contoh-contoh bakal ibu bapa yang akan menghantar anak-anak ke taska/pengasuh dalam keadaan pampers bocor/tahi kering dengan alasan tak sempat. 

4. Nak enjoy dan bebas, keluar malam tak ada masalah kalau kau tiada sebarang komitmen lagi. Tetapi bila dah ada komitmen, kau memang kena perlahan-lahan kurangkan atau tinggalkan terus aktiviti malam kau terutamanya bila sudah ada cahaya mata. 

Contoh kecil, takkan hari-hari kau nak lepak di kedai mamak dan balik rumah jam 2-3 pagi? Kasihanlah pada isteri kau. Sesekali tak apa tetapi bila sudah kahwin, aktiviti bujang itu kurangkanlah. Mereka yang bujang itu lainlah, tiada komitmen. 

Yang perempuan terutamanya bila sudah berkahwin, dunia dia hanya untuk suami dan anak-anak sahaja. Masa nak bersosial dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu, memang dah limit. Dah tak ada nak hang out together-gether. Sorry to say, perempuan bila dah kahwin selalunya memang friendship separuh jalan. Dapat WhatsApp member pun kira okay dah. Hangout bersama memang kurun ke berapa pun tak tahulah. Sobs.. 

KEBERKATAN DALAM PERKAHWINAN

Bila perkahwinan itu ada keberkatannya, barulah bahagia. Tanda-tanda keberkatan dalam perkahwinan itu bilamana: 
  1. Bila hati sempit terasa lapang
  2. Bila tengok pasangan rasa tenang, sejuk mata
  3. Balik rumah hati pun tenang walaupun rumah sempit
  4. Sentiasa rasa cukup walaupun gaji sikit. Nampak tak cukup tapi ada saja rezeki masuk
  5. Hati masih berlapang dada walaupun dihimpit masalah. Masalah besar terasa kecil
  6. Rasa bahagia dengan pasangan dan anak-anak. 
Aku kongsikan sikit bagaimana cara-cara nak mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan itu sendiri. Sebenarnya benda-benda ini bermula dari majlis perkahwinan korang itu sendiri. 
  1. Betulkan niat, kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasulullah
  2. Jangan tinggal solat semasa majlis. Kau tu Raja Sehari saja, bukannya Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau?
  3. Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua. Kita nak tarik rahmat Allah
  4. Doa dari para tetamu. Pengantin ini lebih memerlukan doa dari tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur bila masa aku kahwin dulu, lagu Maher Zain - Barakallahulakuma itu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalah dengan pengantin semua pakat doa iktu bait-bait lagu itu.
  5. Pengantin jangan sombong. Salam, jumpa semua orang, bukan asyik posing di pelamin sahaja. Minta tetamu doakan untuk korang. Kita tidak tahu tetamu mana yang bawa berkat pada kita, yang doanya dimakbulkan Allah.
  6. Kalau boleh, tak payahlah bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun. Korang nak tayang apa sebenarnya? Masa aku ada juga buat majlis di dewan tetapi aku request gantikan pelamin itu dengan meja makan pengantin saja. Ambik kau! Ramai-ramai makan di pentas, tak adalah segan sangat. Hihi! Pelamin ada juga, tetapi di rumah. Tetapi hanya untuk merakam gambar kenangan sahaja. 
  7. Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ini korang sendiri pun tahu kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam Islam. Ingat lagi sekali, kita nak tarik rahmat Allah, doa malaikat. Bab salam itu, janganlah main belasah saja salam dengan semua orang. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pakcik, makcik yang bukan mahram, pandai-pandailah korang nak elak. Itu belum kira part make up dengan jurugambar lagi. Walaupun jurusolek itu maknyah, dia tetap lelaki. Jangan pula korang suruh jurugambar lelaki ambil gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung. Aurat tetap aurat. 
  8. Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh jangan pakai inai di jari bagi lelaki sebab inai di jari ini untuk perempuan. Harus bagi lelaki untuk tujuan perubatan sahaja.
Kahwin ini tak perlu nak gah atau grand sangat. Buat apa kahwin tetapi menanggung hutang seumur hidup? Lantaklah mereka yang mengata itu, sampai kurun ke berapa dia nak menyebut tetang majlis perkahwinan korang? Lama-lama diamlah diorang. 

Tentang hantaran tinggi dah jadi trend sekarang? Aku anak sulung, perempuan seorang saja dalam keluarga. Ada pelajaran, tahu apa yang ayah aku buat? Dia cakap pada suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami kata, RM5,000. Okay, fine. Masa hari bertunang, of course ramai saudara mara yang hadir. Ayah cakap pada saudara mara, hantaran aku RM10,000. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10,000. Masa kenduri, cakap saja pada saudara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang, saudara mara aku tak tahu pun hantaran aku RM5,000. Diam-diam sudah.

Aku kahwin ketika umur 23 tahun, sebaya dengan suami. Tarikh hari lahir kami sama, negeri sama, sweet tak kitorang? Poyo je, hahaha! Nasihat aku, tak salah kahwin awal tetapi pemikiran korang kena matang, kena sedar dunia perkahwinan ini tanggungjawab, bukan nak berseronok saja. Alhamdulillah aku dan suami jarang sangat bergaduh, boleh dikira setahun berapa kali saja bergaduh. - Cik Puan Awet Muda | The Reporter


Sumber : Citeheboh

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close