Kisah seorang gadis yang ditoreh mukanya dengan pisau dalam satu kes rompakan di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan mendapat perhatian ramai pada penghujung 2014. Mangsa, Nur Shafiqa Lah, 24 cedera teruk pada bahagian wajahnya akibat ditoreh oleh salah seorang perompak yang memasuki rumah mereka manakala ibunya, Hat Tema Mat Zin, 60, juga cedera teruk akibat dicederakan perompak terbabit.
Meskipun kisah itu sudah lebih dua tahun berlalu namun ia masih berbekas dalam diri Nur Shafiqa yang lebih mesra disapa Eqa.
Ternyata tragedi yang menimpa dirinya pada 30 November 2014 itu telah banyak mengubah perjalanan kehidupan wanita yang kini sudah lebih setahun menjadi suri Mohd. Azijja Zahfran Mohamad Zahari, 26.
Tanggungjawab dan peranan Mohd. Azijja bukan hanya sekadar sebagai seorang suami tetapi lebih daripada itu. Ibarat pengawal peribadi, walau ke mana sahaja Eqa pergi pasti akan ditemani oleh suaminya. Sejak kejadian tragis yang menimpa dirinya, Eqa tidak berani keluar seorang. Jika hendak keluar ke mana-mana, pasti berteman.
Mengigau Dan Tidur Terganggu
Demi memastikan keselamatan Eqa terus terpelihara, Eqa dan Mohd. Azijja Zahfran mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Ketika kejadian itu berlaku, mereka masih dalam alam pertunangan. Tanggal 1 Januari 2015, Eqa dan Mohd. Azijja Zahfran telah selamat disatukan.
“Saya mahu menjaga Eqa kerana bimbangkan keselamatannya memandangkan kedua-dua perompak itu masih belum diberkas. Terfikir juga kalau perompak-perompak itu datang mengganggu Eqa. Apa yang mampu saya lakukan ialah sentiasa bersama Eqa dan jika saya keluar, saya akan pastikan Eqa berteman.
“Dalam masa yang sama juga, saya selalu berdoa agar Allah memelihara keselamatan Eqa. Saya tidak sanggup melihat Eqa bersedih lagi. Apabila sudah ada ikatan yang sah, tanggungjawab menjaga Eqa terletak di bahu saya sepenuhnya. Sebagai seorang suami, apa yang boleh saya lakukan untuk mengembalikan semangat Eqa ialah memberi kata-kata semangat di samping memujuk Eqa tatkala dia ‘didatangi’ bayangan-bayangan tragedi itu,” ujar Mohd. Azijja Zahfran.
Menurut Mohd. Azijja Zahfran, dia berasa kasihan dengan Eqa setiap kali isterinya mengigau pada waktu malam. Tidurnya jadi tidak lena gara-gara diganggu mimpi-mimpi tentang peristiwa tersebut.
“Selalunya sebelum tidur, Eqa akan berzikir. Malah hingga ke hari ini kami masih tinggal di rumah keluarga. Kadang-kadang di rumah keluarga Eqa dan kadang-kadang di rumah keluarga saya. Kami belum bersedia untuk tinggal sendiri terutama Eqa. Eqa juga fobia apabila lihat lelaki yang menaiki motosikal, jadi adalah lebih baik kami tinggal bersama keluarga agar Eqa tidak rasa keseorangan,” tambah Mohd. Azijja Zahfran.
Tolak Pembedahan Plastik
Selepas kejadian tersebut, Eqa meneruskan rawatan susulan. Dia langsung tidak terfikir untuk melakukan pembedahan plastik walaupun ada pihak yang ingin menaja pembedahan tersebut.
Apa yang dilakukan oleh Eqa bagi memudarkan kesan parut pada wajahnya ialah dengan mengambil suplemen iaitu Dianz vitamin.
“Saya tidak mahu melakukan pembedahan plastik kerana fobia untuk ‘dijahit’ lagi. Memang ia satu pengalaman yang menyakitkan. Selain wajah ditoreh teruk, tiga jari kanan saya juga turut dijahit kerana terkena kesan torehan. Hal ini kerana saya menggunakan tangan untuk menutup wajah saya daripada ditoreh.
“Setiap kali melihat kesan parut pada wajah, saya pasti akan teringat peristiwa tersebut. Jujur saya katakan bahawa meski parut pada wajah saya semakin pudar namun kejadian itu seperti baru semalam terjadi,” ujar Nur Shafiqa.
Tidak dapat disangkal kuasa solekan juga dapat membantu untuk menutup kesan-kesan parut pada wajah Eqa. Sebagai pengguna setia produk Oxygen Doll Foundation by rzn, Eqa juga telah dilantik sebagai model produk tersebut. Mungkin inilah hikmah di sebalik ‘awan duka’ yang dialami oleh Eqa.
Selepas mimpi ngeri itu berlalu dalam hidupnya, Eqa bangkit semula untuk meneruskan kehidupan. Dek kerana keayuan wajahnya, Eqa sering menjadi buruan terutama pengusaha produk komestik.

Bagaimana Eqa meneruskan kerjaya dengan wajahnya berparut, malah mampu jadi model anda boleh ketahui cerita penuh Eqa dalam majalah Mingguan Wanita dalam isu 1692 (22-28 April 2015) yang sudah ada di pasaran
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber : Citeheboh
0 comments:
Post a Comment