Tidak dapat dinafikan, pinjaman PTPTN adalah salah satu skim pinjaman prihatin oleh kerajaan untuk semua warganegara Malaysia. Sejak skim pinjaman ini dilancarkan pada tahun 1997, ia telah menyediakan pinjaman kepada lebih daripada 2 juta pelajar dengan kadar faedah rata iaitu 1% setahun sahaja. Pelajar mendapat banyak manfaat daripada skim pinjaman pendidikan ini. Jumlah bayaran balik adalah sangat rendah berbanding dengan pinjaman pendidikan sedia ada yang ditawarkan oleh pihak bank dan institusi kewangan yang lain.
Dengan kadar faedah yang paling rendah, organisasi (PTPTN) ini telah meletakkan pinjaman pendidikan mereka sebagai pinjaman mampu milik. Ia adalah seruan kerajaan untuk menggalakkan dan membantu rakyat Malaysia mencapai tahap pendidikan yang tinggi selaras dengan pembangunan negara.
Malangnya sebahagian besar daripada peminjam yang telah berjaya menamatkan pengajian di universiti tempatan tidak membuat pembayaran balik. Ini adalah kerana pada awalnya tiada hukuman undang-undang dikenakan ke atas peminjam yang tidak membayar balik. Dan ia umpama satu penyakit yang merebak kepada peminjam yang lain. Hampir sebahagian besar daripada mereka menggunakan alasan yang sama iaitu memiliki kadar gaji yang rendah, PTPTN mempunyai pengurusan atau penguatkuasaan yang lemah menyebabkan mereka tidak mengambil serius tentang pembayaran balik dan ada juga memberi alasan prosedur atau permintaan dokumen bertulis yang terlalu remeh.
Permasalahan ini telah meletakkan statistik penerimaan pulangan pinjaman balik terlalu rendah iaitu hanya 46% peminjam yang tampil membuat bayaran berbanding 54% yang tidak membuat bayaran. Jumlah ini amat membimbangkan kerajaan dan memberi kesan kepada ekonomi negara. Oleh yang demikian pihak kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan yang tegas kepada mereka yang gagal membuat bayaran balik. Sebelum tindakan tegas diambil, pihak PTPTN akan menghantar notis amaran sebanyak 3 kali dalam tempoh bertenang selama 6 bulan sebelum tindakan dikenakan.
Di dalam artikel ini, anda akan mendapat maklumat yang jelas bagaimana bayaran balik dilakukan dan tindakan yang diambil sekiranya anda gagal membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.
1. Potongan gaji secara automatik.
Langkah ini adalah langkah baru dan ia telah telah menjadi subjek perbincangan panjang dikalangan pegawai atasan PTPTN. Potongan gaji secara automatik telah dikuatkuasakan pada bulan September 2015, ia cuma dikenakan kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai tahap gaji minimum. Sebelum peminjam dikenakan potongan gaji secara automatik ini, pihak pengurusan PTPTN telah terlebih dahulu mengkaji latar belakang kewangan peminjam tersebut dan akan memutuskan untuk meletak jumlah yang sesuai kepada peminjam ini supaya ia tidak terbeban dengan kadar potongan yang ditetapkan itu sehingga selesai pembayaran balik dibuat. Sekiranya peminjam tersebut dengan secara tiba-tiba diberhentikan kerja atau berhenti kerja atau diisytihar muflis.
Teruskan Selongkar...
Teruskan Selongkar »
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment