PANAS

Pentingnya Tidur Berkualiti

Sehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan cukup tidur setiap malam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting bagi pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda.

health_i99

Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tidur Berkualiti?

not-getting-high-quality-sleep

Tidur berkualiti adalah tidur yang mempunyai tempoh mencukupi dan tahap rehat yang membuat seseorang merasa segar di sepanjang hari. Jadi berapa lama kita patut tidur?

Jawapannya berbeza dari seorang ke seorang kerana keperluan masing-masing adalah berbeza.

Sebenarnya hanya 21% daripada kita mendapat tidur lapan jam seperti yang disarankan, dan kira-kira 20% daripada kita tidak mendapat tidur melebihi 5 jam pada waktu malam.

Secara keseluruhan, apa yang nak disampaikan sangat mudah – jika anda bangkit dari tidur di waktu pagi tetapi merasa letih, anda perlu memperbaiki pola tidur anda.

The post Pentingnya Tidur Berkualiti appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close