PANAS

Hepatitis C – Radang Hati

Hepatitis C adalah salah satu penyakit yang menyerang hati. Penyakit ini disebabkan oleh virus ini dapat memberikan jangkita dan keradangan hati.

Menurut WHO, jumlah penderita hepatitis C di dunia mencapai 130-150 juta orang dan menyebabkan kematian pada lingkungan 350-500 ribu kepada pensakit yang menghidapi Hepatits C.

alodokter-hepatitis-c

Di Asia Tenggara sendiri, jumlah penderita yang maut akibat komplikasi “sirosis” dan kanker hati akibat hepatitis C mencapai 120.000 orang setiap tahun. Indonesia merupakan salah satu negara dengan peningkatan hepatitis C tertinggi di Asia Tenggara.

Hepatitis C umumnya tidak menunjukkan sebarang gejala pada tahap awal. Oleh sebab itu, sekitar 75% penderita hepatitis C tidak menyedari dan mengetahui bahawa mereka sudah dijangkiti penyakit ini sehinggakan mengalami kerosakan hati selepas beberapa tahun.

Walaupun ada tanda-tanda jangkitan hepatitis Cpada seseorang individu itu, ia masih sukar untuk disedari kerana seakan akan sama dengan penyakit lain. Antaranya ialah selalu berasa lelah, serta tiada selera makan.

 

HEPATITIS C “ACUTE” DAN “CHRONIC”

getty_rm_illustration_of_hepatitis_c

Virus hepatitis C dapat dikategorikan kepada dua jenis, jangkitan “acute” dan “chronic”.

Hepatitis C acute adalah jangkitan yang terjadi pada enam bulan pertama. Jangkitan ini biasanya tiada tanda-tanda yang jelas serta jarang yang membawa maut. Sekitar 25% penderita Hepatitis C “Acute” mampu sembuh.

Sementara 75% penderita Hepatits C Acute akan menyimpan virus ini untuk waktu yang lama. Inilah yang disebut hepatitis C “Chronic”. Penderita hepatitis C Chronic mempunyai risiko sirosis dalam waktu 20 tahun.

Sirosis merupakan pembentukan parut pada hati sehingga fungsi hati terganggu. Komplikasi ini dapat mampu membawa maut. Sekitar 20% penderitanya mengalami kegagalan hati dan 5% berisiko terkena kanker hati.

 

CARA PENULARAN HEPATITS C

Causes of hep C(4)

Virus hepatitis C berkembang dalam darah. Oleh sebab itu, seseorang individu akan dijangkiti hepatitis C jika mengalami “direct contact” dengan darah penderma yang tercemar dengan virus Hepatits C.

Cara penularan hepatitis C yang paling biasa terjadi adalah melalui jarum suntikan. Sebagai contoh, individu yang terdedah dengan aktiviti pembuatan tatoo menggunakan barang barang yang tidak sterile.

Selain daripada itu, meminjamkan barang peribadi seperti ketip kuku dan berus gigi serta hubungan seks bebas juga dapat meningkatkan risiko seseorang untuk dijangkiti penyakit ini.

Virus hepatitis C tidak akan menular melalui air susu ibu, makanan, minuman, atau bersentuhan seperti bersalaman atau berpelukan.

 

DIAGNOSIS DAN RAWATAN HEPATITS C

Semakin awal hepatits C dikesan pada seseorang individu, semakin rendah risiko kerosakan hati pada penderita. Oleh sebab itu, mereka yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini disarankan untuk menjalani ujian saringan darah untuk mengesan hepatitis C.

Misalnya, mereka yang pernah atau aktif mengambil dadah, berkongsi suntikan jarum atau yang pernah menjalani pemindahan darah.

Jika Hepatitis dikesan, sesoeorang itu belum tentu memerlukan rawatan. Hepatitis C Acute biasanya dapat sembuh tanpa rawatan khusus. Tetapi penderita hepatitis C Chronic memerlukan langkah rawatan melalui ubat-ubatan antivirus.

Ubatan ini akan menghentikan perkembangan virus dan mencegah kerosakan hati. Contoh antivirus yang umum digunakan adalah interferon dan ribavirin.

Para pakar perubatan berjaya mencipta dua jenis ubat baru, seperti boceprevir dan telaprevir. Penggunaan kedua ubatan ini harus di campur dengan interferon dan ribavirin.

 

LANGKAH PENCEGAHAN HEPTATIS C

c transasda

Hepatitis C masih belum mampu dicegah melalui vaksinasi. Tetapi ada beberapa cara yang dapat kita ambil untuk menurunkan risiko jangkitan. Misalnya, berhenti atau tidak melakukan aktiviti salah guna dadah dan tidak berkongsi barang barang peribadi.

Walaupun penyakit ini jarang menular melalui hubungan seks, kondom dalam hubungan seks mampu melindungi anda dari hepatitis C. Terutama jika terjadi hubungan dengan darah, misalnya seks anal atau darah haid.

Penderita hepatitis C juga lebih berisiko untuk terkena hepatitis jenis lain. Oleh sebab itu, doktor mengesyorkan kita untuk mengambil vaksin untuk mencegah hepatitis A dan B.

The post Hepatitis C – Radang Hati appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close