“Ada juga saya lihat beberapa iklan yang agak erotik, tetapi saya tidak berminat menggunakan cara promosi seperti itu. Saya tidak mahu produk saya nampak murahan jika melakukan promosi yang keterlalu atau tampil dengan aksi kurang sopan”
“Mungkin ia akan menjadi viral, tetapi saya tak mahu produk yang dijual popular kerana pengiklanan sebegitu. Secara tidak langsung masyarakat melihat produk saya itu murah. Bagaimanapun, ia terpulang kepada cara masing-masing,” jelasnya kepada BH Plus.
Selain itu tambah Che Ta, dia mempunyai target dan juga perancangan tersendiri bagi memastikan perniagaan yang dilakukannya itu akan sentiasa mendapat permintaan di samping memastikan keuntungan sentiasa bergerak seiring.
0 comments:
Post a Comment