Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.
Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik.
Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, seseorang harus mengambil pelbagai jenis antioksidan. Ujian menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu jenis antioksidan sahaja memberikan hasil yang sangat mengecewakan.
Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita.
Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.
Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, namun ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Justeru kita perlu mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut.
Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya.
Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.
Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan supaya dapat memberikan hasil yang diingini.
Sumber: Harvard Heart Letter/Premium Health News Service/TMSI
The post Anti-Oxidant dan Kesihatan Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments:
Post a Comment