PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.
Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah caragaya hidup khususnya tabiat makan.
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
Cuba amalkan panduan2 ini.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
Teruskan Selongkar..
Teruskan Selongkar »
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments:
Post a Comment