Kuala Lumpur Fashion Week 2016 yang berlangsung selama 5 hari secara gilang-gemilang baru saja melabuhkan tirainya.
Apa yang pasti, ramai selebriti yang hadir dan melaram dengan gaya masing-masing.Ada yang tampil dengan gaya elegan, ringkas, unik dan ada juga yang mengayakan fesyen pelik!
Kami ingin tampilkan 10 fesyen selebriti yang menjadi pilihan dan paling meletop sepanjang Kuala Lumpur Fashion Week 2016 minggu lalu.
1. Scha Alyahya & Awal Ashaari
Pasangan selebriti meletop ini memang tak pernah kalah dalam berfesyen. Lihat saja gaya mereka yang ‘daddy cool’ dan ‘mummy swag’.
2. Dynas Mokhtar
Model, pengacara dan pelakon tinggi lampai ini tampil cukup berbeza dengan sut kelabu mengikut bentuk badan. Tak semua orang sesuai untuk gayakan fesyen sebegini. Tapi, Dynas tampil cukup menyerlah.
3. Izara Aishah & Kilafairy
Walaupun dikritik kerana pakaian mereka menjolok mata, namun fesyen yang ditampilkan oleh dua selebriti muda ini memang cukup segar dan sempurna sekali. Gaya lace memang menjadi kegemaran wanita masa kini.
4. Lisa Surihani
Kalau dah cantik tu gayakan fesyen apa pun cantik. Lisa Surihani cukup anggun denganblouse longgar rona merah hati dan seluar kembang putih. Batu permata menyerlahkan lagi kemewahan blouse tersebut.
5. Sharifah Sakinah
Terkenal dengan sikap gila-gilanya. Namun, busana Alia Bastamam berwarna rona lembut ini menyerlahkan sisi matang Sharifah Sakinah. Cukup urban dan sopan.
6. Yuna
Yuna memang terkenal gaya turban moden yang cukup urban tetapi masih mengekalkan gaya muslimah. Apa yang pasti, ramai yang memuji gaya Yuna dan berharap dapat menggayakan sut tersebut.
7. Amelia Henderson
Selalunya kita hanya dapat melihat selebriti hollywood sahaja yang menggayakan fesyen sebegini. Pelakon Melayu kacukan ini memang cukup ‘meletop’ dengan sut pendek ini. Memang cukup sempurna untuk Amelia yang tinggi lampai.
8. Nurfazura
Orangnya memang cukup cantik. Gaun gemerlapan ini menyerlahkan lagi keanggunan Fazura. Tak semua berani gayakan gaun rona kuning dengan kasut tinggi berwarna pink. Namun, ia cukup sempurna digayakan oleh Fazura.
9. Thanuja
Gaun peplum floral dengan kain belah ini tampak cukup elegen walaupun digayakan tanpa sebarang aksesori. Reben biru di pinggang menyerlahkan lagi gaya feminin bekas Miss World Malaysia 2010.
10. Awal Ashaari
Ramai yang terkejut dengan penampilan pengacara kacak ini. Tapi ini sebenarnya gaya‘Kilt’ ini merupakan pakaian budaya negara Scotland dan di pakai oleh kaum lelaki. So, jangan ingat perempuan je pakai gaun.
0 comments:
Post a Comment