Terkini

Tips Menangani Anak Susah Makan Ubat

Bagaimana cara anda beri anak makan ubat. Ibarat hendak bersilat, kejar anak, kepit kaki tangannya dan suap ubat dalam mulut. Jangan biasakan cara sebegini. Paksaan sepatutnya menjadi pilihan terakhir ibu bapa.

Memberi anak makan ubat ketika demam dan sakit memang memerlukan kesabaran.Terutama bagi anak berumur dua tahun ke atas yang sudah boleh berkata-kata dan memberontak menolak.

Jadi apa langkah yang harus dilakukan ibu bapa bagi anak yang enggan makan ubat. Ini strategi bukan paksaaan yang VK kumpulkan untuk parents melalui pembacaan dari komen pakar dan juga pengalaman ibu bapa.

 

TIPS MENANGANI ANAK SUSAH MAKAN UBAT

1. Langkah pertama adalah menerangkan tentang kebaikan dan kehebatan ubat. Ceritakan kepada anak bahawa ubat itu adalah untuk membunuh kuman yang jahat, supaya dia kembali kuat ataupun menghilangkan sakitnya.

2. Senyum dan wujudkan sikap positif untuk dorong anak makan ubat. Ajak abang atau kakaknya duduk bersama dan beri kata-kata semangat.

ubat

3. Jangan menipu anak kononnya ubat itu sedap sedangkan rasanya sebaliknya. Menipu akan menyebabkan anak hilang kepercayaan pada kata-kata ibu bapa. Hanya berkata demikian pada ubat yang memang manis dan sedap.

4. Beri hak memilih kepada anak, sama ada mahu alat picagari atau sudu. Berikan juga anak pilihan sama ada dia mahu menyuapkannya sendiri atau membiarkan ibu melakukannya. Ada masa anak lebih rela makan ubat sendiri, jadi tawarkan pilihan itu buat mereka.

dua-thuoc-vao-co-the-qua-uong

5. Lakonkan watak kegemaran anak sedang makan ubat untuk mendorong dia melakukan perkara yang sama. Contoh pegang patung Ultramen kemudian suakan ubat, katakan hero juga perlu makan ubat jika demam.

6. Tawarkan ganjaran sekiranya anak berjaya makan ubat, contoh dapat menikmati makanan atau minuman kegemarannya.

maxresdefault (6)

7. Puji dan peluk anak jika dia berjaya menghabiskan ubatnya.

8. Namun jika anak mengeluarkan ubat, jangan marah. Ia akan membuatkan anak lebih takut. Rehat seketika sebelum cuba lagi.

9. Jika cubaan memberi ubat masih tidak berjaya, paksaan adalah cara terakhir, contoh dengan memberikan mereka denda tidak membenarkan mereka bermain tablet sehingga menelan ubat.

10. Tindakan mencampurkan ubat dalam makanan hanya boleh dilakukan jika dibenarkan oleh doktor.

Selain kesabaran memberi anak makan ubat sebenarnya memerlukan juga ibu bapa mahir aspek psikologi anak. Tip di atas kebanyakannya menggunakan pendekatan ini.

The post Tips Menangani Anak Susah Makan Ubat appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close