Terkini

Tips Bersihkan Belakang Kuali Hingga Jadi Seperti Baru

screen-shot-2016-07-12-at-12-40-03-pm-1

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Kalaivani Vj

Biasanya bahagian belakang kuali paling susah nak cuci kan? Berkerak hitam sampai tak tahu nak sental guna apa. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaian untuk korang semua. Sebenarnya, belakang kuali yang hitam akan lebih senang dan cepat meresap haba dan akan menyebabkan kuali tersebut jadi cepat panas.

Tetapi, kalau dah terlalu berkerak, korang kena cuba cara mudah ini untuk hilangkan jelaga hitam tersebut. Tips yang dikongsi kami dapat daripada seorang pengguna Facebook iaitu, Kalaivani Vj. Katanya memang berkesan,  boleh cuba balik rumah nanti okay.

1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar ( supaya senang nk rendam kuali @periuk)

2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.

3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.

4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close