Skarf unik ini direka oleh seorang designer bernama Saif, berusia 28 tahun. Apa yang istimewanya tentang skarf ISHU ini adalah ia akan bertindak balas terhadap flash kamera di mana apabila seseorang cuba untuk mengambil gambar dengan menggunakan flash, wajah si pemakai skarf itu tidak akan kelihatan di dalam gambar disebabkan pantulan cahaya yang terhasil.
Idea untuk menghasilkan skarf ini tercetus selepas seorang rakannya mahu mengambil gambar Saif di hadapan deretan basikal dan ketika itu terdapat satu pelekat pemantul cahaya pada basikal berhampiran dan menyebabkan wajahnya tidak kelihatan. Dari saat itu dia mula terfikir untuk menghasilkan satu jenis skarf yang menjadi rebutan selebriti tekemuka.
Nampaknya dengan adanya skarf ini, si pemakai boleh berjalan dengan tenang tanpa risau gambar mereka dirakam.
Skarf ini dijual pada harga RM1,531 sehelai.
Sumber: siakapkeli, Instagram Saif
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment