“Bila orang bercakap tentang saya dahulu dan sekarang, baru saya perasan dan tengok balik gambar-gambar lama saya.
“Ya Allah, hauknya! Saya pun tak sedar bila saya transform bila benda tu berlaku. Tapi bila orang dah nampak transformasi diri kita tu, maknanya kita dah ada peningkatan. Baik dari segi kerjaya mahupun diri,” katanya seperti yang dipetik menerusi temubualnya bersama Studio H.
Tambah Jihan, dia cuba menafikan dirinya mengalami perubahan drastik setiap kali ada individu yang bertanya tentang perubahan fizikalnya tetapi hanya mengikut arus semasa.
“Perubahan saya bukan drastik. Saya tidak pernah plan apa saya nak buat termasuklah kerja atau diri saya sendiri.
“Untuk kerja, saya belajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam industri ini termasuk rakan-rakan. Dari segi imej pula saya lebih banyak memerhati kawan-kawan.
“Lagipun zaman sekarang ni dah banyak bahan yang boleh kita dapat dari internet dan platform media sosial untuk dijadikan rujukan, dari situlah semuanya bermula dan perubahan itu datang sendiri,” katanya.
Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) sebelum menyertai Raja Lawak pada 2009.
Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment