PANAS

Rupanya pemandu bas express ini ditangkap kerana DADAH..


SEREMBAN 11 JULY 2016.(For all) Salah seorang pemandu bas ditahan polis selepas didapati mengunakkan dadah selepas ujian air kencing pada operasi pemandu kenderaan pengangkutan awam sempena Ops Selamat 2016 di Terminal One,Seremban. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Seremban: Dua pemandu bas ekspres ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi bersepadu pengangkutan awam yang dijalankan sempena Op Selamat 9 di Perhentian Bas Terminal 1 di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Md Dali Wahid berkata, dua lelaki berusia 40-an terbabit antara 37 pemandu bas dan teksi yang diperiksa dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Menurutnya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
"Hasil pemeriksaan, dua pemandu bas didapati positif dadah methamphetamine. Seorang daripadanya baru tiba di sini selepas memandu dari Butterworth manakala seorang lagi mahu memulakan perjalanan ke Ipoh.
"Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya pada sidang media selepas mengadakan operasi berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan pemeriksaan terhadap pemandu pengangkutan awam terbabit bagi memastikan mereka mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.
Artikel ini disiarkan pada : 
Isnin, 11 Julai 2016 @ 7:46 PM

Sumber : http://ift.tt/29tczNr

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close