Terkini

Penangan Pokemon Go, Polis Australia Terpaksa Ketatkan Kawalan

pokemon-go-canada

Aplikasi Pokemon GO yang dilancarkan minggu lepas telah mendapat sambut yang menggalakkan sehingga ramai yang memuat turun game tersebut di telefon.

Menurut sebuah firma analisis, aplikasi Pokemon GO ini lebih banyak dimuat turun di Android berbanding aplikasi Tinder dan ianya juga dikatakan sedang bersaing sengit dengan rangkaian sosial Twitter.

Aplikasi ini juga dikatakan menjadi punca pemain game pokemon GO ini menceroboh ke tempat-tempat larangan awam tanpa sengaja.

Polis Australia telah menerima beberapa aduan tentang aplikasi tersebut dimana pemain game Pokemon GO ini dikatakan terlalu bersemangat menangkap Pokemon itu sehingga mengabaikan keselamatan dan undang-undang yang sedia ada.

“Apabila anda terbabit dalam permainan itu dan tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku sekeliling, anda boleh ditimpa masalah” 

Sumber: mynewshub

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close