Ada sebab yang jelas kenapa wanita ni kedudukan dia di dapur. Bukan sebab dok dapur ni berbau bawang, atau tempat tu terperosok gelap dan jauh dari masyarakat.
Tapi sebab dapur ni sumber makanan. Segala macam hidangan yang disediakan sebelum diletakkan di atas meja, diproses di dapur.
Dan di sinilah pentingnya wanita, kerana berperanan menyediakan makanan.
Makanan pula dimakan seisi ahli keluarga. Kalau makanan yang disediakan menyihatkan, keluarga yang dibina akan menjadi keluarga yang kuat. Begitulah sebaliknya.
Logiknya, wanita atau disebut isteri inilah guru, arkitek, jurutera, doktor serta akauntan di belakang setiap penyediaan makanan di dalam rumah.
Isteri tahu lauk apa yang perlu disediakan, hidangannya berapa banyak, zat dan khasiat yang sepatutnya seta kos menyediakan semua itu.
Kerna itulah pekerjaan yang paling mulia sebenarnya ialah suri rumah. Dipanggil suri bukan kerana kerja dia macam orang gaji kena mop lantai basuh baju sidai baju lipat baju kemudian masak tengah hari.
Wanita-wanita ini dipanggil ‘suri’ kerana menghiasi rumah tangga dengan kemahiran mereka. Apakah kemahiran itu? Itulah mereka, guru, arkitek, jurutera, doktor serta akauntan di dalam rumah. Menyediakan suami lengkap untuk keluar bekerja dan membesarkan anak.
Tapi globalisasi zaman moden sedikit sebanyak menghakis beberapa tiang asas ini. Desakan ekonomi menyebabkan ramainya isteri terpaksa keluar bekerja. Akibatnya, mereka dihimpit masa lalu tak mampu menyediakan makanan.
Seisi keluarga makan di luar tanpa mengetahui jumlah kalori yang diambil. Anak beranak menjadi gemuk dan obes, makanan yang diambil tidak diketahui sumbernya, penyakit demi penyakit diubati oleh klinik dan doktor, bukan lagi isteri, ibu atau suri rumah ini.
Kerana itu, berbanggalah jika anda adalah wanita suri rumah yang kerjanya membangunkan suami dan anak-anak untuk bangsa dan negara. Atau jika anda wanita berkerjaya, tetapi masih mampu memasak dan memastikan suami dan anak-anak makan dengan air tangan anda sendiri.
Kerana inilah sebaik-baik pekerjaan. Kita, tak pernah dengar mak kita merungut bila memasak, kan?
Kerana merekalah, ratu di dalam rumah. Mereka memasak kerana mereka tahu, tak ada makanan yang lebih baik untuk kita di luar sana, selain yang keluar dari kuali dan periuk di dapur mereka sendiri.
0 comments:
Post a Comment