Alahai, sebak hati kami bila baca luahan sweet seorang suami kepada isterinya yang sakit. Isterinya menghidap penyakit kanser tahap empat. Lelaki ini tahu perkara itu sebelum mereka mengambil keputusan untuk berumah tangga. Tapi kerana jodoh dan rasa sayang antara satu sama lain, pasangan ini akhirnya berkahwin.
Semoga penyakit isterinya ni dapat dikurangkan dan semoga pasangan ini bahagia hingga akhir hayat. Amin..
Kenapa ingin berkahwin dengan pesakit kanser tahap 4?
Lelaki ini memilih untuk berkahwin wanita pilihannya dengan cepat, boleh dikatakan mereka tak dating seperti pasangan yang lain. Dia memberitahu hanya beberapa orang sahaja mengenai rancangannya untuk berkahwin dan dengan siapa dia ingin berkahwin. Tapi dalam beberapa orang tu, ada yang bertanya kenapa dia ingin berkahwin dengan pesakit kanser tahap 4.
Kanser membuatkan isterinya jadi wanita yang lebih kuat
Kadang-kadang lelaki ini merasakan situasi tersebut tak masuk akal. Dia merupakan jenis seorang yang memilih pasangan berpaksikan rupa. Malah pemikiran negatif sesetengah orang mengenai penyakit kanser membuatkan lelaki ini ingin berkahwin dengan wanita pilihannya. Kanser membuatkan isterinya pandai berdikari, berani, seorang wanita yang kuat.. Dan kerana itu, dia merasakan isterinya unik dan punyai personaliti yang menarik.
Jalani hubungan jarak jauh kerana isteri belajar di London
6 bulan selepas kenal antara satu sama lain, mereka akhirnya berkahwin sehari selepas tarikh hari lahir lelaki ni dan mereka menjalani hubungan jarak jauh sebagai suami isteri. Ia kerana isterinya telah melanjutkan pelajaran di London. Dia tidak tahu berapa banyak Tuhan berikan dia masa untuk membuatkan isterinya gembira, juga dia tidak tahu berapa banyak ‘masa’ yang mereka ada.
Mengenal situasi isterinya sekarang membuatkan lelaki ini ingat dan bergantung pada Tuhan. Mereka mendirikan rumahtangga tidak sampai setahun pun lagi tapi lelaki ni yakin bahawa kahwini isterinya merupakan pilihan yang sangat tepat.
0 comments:
Post a Comment