Terkini

Kepentingan X-Ray Gigi

X-ray pergigian sangat membantu dalam mengesan kerosakan gigi mahupun mana-mana keabnormalan pada mulut semasa pemeriksaan pergigian. Sekiranya anda merupakan pesakit atau klien baru di klinik pergigian, kebiasaannya doktor pergigian akan mencadangkan untuk melakukan x-ray bagi melihat status kesihatan mulut anda.

X-ray pergigian ini dapat digunakan bagi mengenalpasti samada terdapat kaviti/karies baru pada gigi, melihat tahap status kesihatan gusi serta menilai pertumbuhan rahang dan kegigian terutamanya pada kanak-kanak.

 

dental-x-ray

X-ray pergigian adalah selamat untuk anda kerana tahap radiasi yang digunakan adalah terlalu rendah dan pemakaian apron berplumbum dapat meminimumkan radiasi terhadap anggota badan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda hamil, sila maklumkan terlebih dahulu kepada doktorpergigian dan sebaik-baiknya pengambilan x-ray dielakkan kecuali dalam keadaan kecemasan yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

 

001

Terdapat dua jenis x-ray pergigian iaitu intraoral (dalam mulut) dan extraoral (luar mulut). X-ray intraoral menggunakan teknik dengan meletakkan filem x-ray di dalam mulut.

Ia merupakan xray yang paling kerap digunakan oleh mana-mana doktor pergigian bagi mengesan dan melihat kedudukan kaviti/karies gigi, keadaan akar gigi, kesihatan tisu periodontal dan gusi, kedudukan dan perkembangan gigi serta keadaan tulang yang mengelilingi gigi.

002

Manakala x-ray extraoral menggunakan teknik dengan meletakkan filem x-ray di luar mulut. X-ray ini dapat digunakan bagi melihat perkembangan dan pertumbuhan rahang, hubungan gigi dan rahang, pemeriksaan struktur tulang pada bahagian muka serta mengesan status gigi yang terimpak (terbenam dalam gusi atau tulang).

Kesimpulannya, x-ray pergigian merupakan satu cara yang sangat berharga bagi mengesan mana-mana keabnormalan pada mulut, gigi dan rahang anda yang tidak boleh dilihat secara mata kasar.

 

Rujukan:

The post Kepentingan X-Ray Gigi appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close