Terkini

Jangan Gunakan Bahan Ini Pada Wajah Anda!

088984100_1457348871-gallery-1429797304-503850955

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Razzlyn Rosli. 

Pelbagai kaedah rawatn D.I.Y digunakan untuk mencantikkan wajah dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dalam rumah sahaja. Tetapi tahukah anda ada sesetengah barang tidak sesuai digunakan untuk merawat wajah. Antaranya ialah:

#Soda Bekarbonat

Soda bekarbonat sememangnya mempunyai teksur yang agak kasar dan  sesuai dijadikan skrub wajah namun pH dari soda terlalu bersifat alkali untuk digunakan di kulit wajah. Ia dikuatiri menyebabkan kelembapan semula jadi hilang.

#Lemon

Berlawanan dengan soda bikarbonat, lemon memiliki kadar pH yang tinggi, dan ini bermaksud lemon terlalu berasid untuk kulit wajah. Menghisap lemon mampu untuk menghancurkan lapisan pelindung (lapisan enamel di gigi), bayangkan jika air perasan lemon digunakan di kulit wajah. Minyak lemon  juga bersifat phototoxic yang bermaksud jika minyak tersebut kena kulit dan kulit kena sinar matahari, maka kulit bisa melepuh terbakar.

#Hairspray

Ada tips yang mengatakan dengan menggunakan hairspray di wajah mampu mengekalkan ketahan make – up. Tetapi apa yang mereka tidak sedar hairspray meningkatkan kulit wajah anda mengalami iritasi dan kering sekaligus menyebabkan pori –pori tersumbat.

#Ubat Gigi

Ubat gigi dikatakan mampu mengecutkan jerawat, ya memang benar tetapi risiko adalah ubat gigi akan menyerap kelembapan kulit di sekitar jerawat. bahkan bahan-bahan kimia yang ada di ubat gigi berisiko untuk membuat kulit wajah terbakar

#Gula

Banyak tips yang mengatakan bahawa gula boleh digunakan sebagai scrub wajah, padahal kulit wajah jauh lebih tipis dibandingkan kulit tubuh. Scrub dari gula dan minyak zaitun sangat baik untuk kulit tubuh, tapi untuk kulit wajah yang tipis dan peka, scrub ini terlalu keras dan kasar.

 

 

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close