PANAS

HUKUM MAKMUM MEMBACA ALFATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH, RASANYA RAMAI YANG TAK TAHU



Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
-contoh situasi: ketika imam membaca surah laim sesudah surah Al-Fatihah ( ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).
Jawapan:
Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.
Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-Allam, al-Syams al-Munirah).
Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, Ianah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.(Surah al-Araf 204)
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
( (
Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:
Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.(al-Darqutni)
Wallahu alam

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close