Terkini

Budak 11 Tahun Jual Air Soda, Kumpul Dana Untuk Bina Rumah Bagi Rakyat Malaysia Yang Miskin

mainslella_1207_pu_p3_Punithas_1

Imej dari The Star

Pepatah melayu ada mengatakan meluntur buluh biar dari rebung yang bermaksud hendak mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil.

Ella Pung, 11, kanak-kanak kelahiran Malaysia yang tinggal di Texas, menjual air soda di garaj rumahnya dengan tujuan mengumpul dana untuk Projek Wumah bagi membina rumah untuk rakyat Malaysia yang miskin.

Difahamkan, Ella mula melakukan kerja amal dengan mengutip dana ini bagi membantu golongan miskin di Malaysia kerana terinspirasi dengan usaha datuk saudaranya, Patrick Teoh serta pengasas Projek Wumah iaitu David Eu yang sanggup menyahut cabaran berbasikal ke China bagi mengutip dana untuk projek tersebut.

Pada mulanya, tak ada orang yang datang. Abang saya, Ian, beri saya lima dollar dan saya bagi dia air soda. Dia adalah pelanggan pertama saya

Orang ramai mula berkunjung ke gerai Ella untuk membeli sambil menderma selepas ibunya berkongsi kisahnya di Facebook. Tak kurang juga yang memberi duit ekstra kepada Ella.

Ella telah berjaya mengumpul sehingga US$51 (RM201) dari hasil jualan sodanya dan duit tersebut telah didermakan kepada Projek Wumah.

Sumber: Siakap Keli, thestar.com.my

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close