Oleh Feyra Nasrom Sumber Shanghaist
Orang pergi jogging atas dasar bersenam kan. Pernah dengar tak istilah pergi jogging untuk mencari kekasih sejati? Kalau benda pelik yang berlaku ni biasanya dekat negara China je. Kalau dekat Malaysia, anda akan dilabel sebagai orang yang tidak waras. Mana tidaknya, alasan berlari sejauh 222, 48 KM iaitu selama 45 jam semata-mata untuk bertemu cinta sejati, langsung tak masuk akal kan?
Namun lain pula bagi Liu yang berjogging sejarak itu untuk berjumpa dengan wanita yang disukainya. Lelaki yang berasal dari China ini berlari di sepanjang jalan 6 Ring Road di Beijing dan dia merupakan orang kedua yang pernah berbuat demikian.
Kata Liu, setiap orang mempunyai alasan yang berbeza untuk berjogging. ” Jika anda melakukan perkara yang anda suka, anda akan berjumpa dengan orang yang anda suka,” perjalanan selama 45 jam itu dilakukan atas kepercayaan untuk diri sendiri dan juga bakal wanita idamannya.
Walaubagaimanapun, perjalanan Liu akhirnya tamat dan tetap tidak berjumpa dengan kekasih sejatinya. Adakah ini satu perbuatan yang sia-sia? Hmm..
0 comments:
Post a Comment