SEPANG - Gara-gara video pendek 'Transformasi Kru Malaysia Airlines (MAS) Kepada Air Asia', yang dimuat naik oleh Tan Sri Tony Fernandes, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
"Ini video klip yang lucu. Semalam semasa melawat akademi Air Asia, terserempak dengan dua kru baharu yang masih bergaya dengan sanggul popular MAS. Jadi, kita akan ubah mereka menjadi kru Air Asia dengan segera. Hahaha," katanya.
Berdasarkan video, Tony memperkenalkan dua pramugari berkenaan.
"Kita ada dua kru Mas yang masih kelihatan seperti MAS. Kita akan meminta mereka melepaskan rambut, buat pertama kalinya secara live di Facebook," katanya.
Aireen dan Shakila itu kemudiannya membuka sanggul sehingga ada salah seorang hadirin berkata terlalu banyak pin yang terpaksa dikeluarkan.
"Banyaknya pin! Seksanya menjadi kru MAS. Di Air Asia, kita tak perlu gunakan pin ini," kata Tony yang sempat memberikan sindiran, disusuli dengan gelak ketawa dan tepukan para hadirin.
Di media sosial, netizen mengecam tindakan Tony yang dianggap sebagai perangai PPRT, tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang yang profesional kerana menggunakan kesempatan itu untuk menyindir MAS.
"MAS adalah premium airline, manakala Air Asia adalah low cost arilines. Bisnes yang sama tetapi level yang berbeza. Tony tidak sepatutnya menggunakan dua bekas kakitangan MAS itu untuk mempersenda dan memalukan MAS," kata Azahar Mihat.
"Saya lebih suka pramugari dengan rambut yang disanggul, nampak kemas dan manis daripada rambut bersibai sana sini. Lagi-lagi bila serve makan minum pada penumpang. Geli bila memikir jumpa rambut dalam makanan," kata Pretty.
"Tony ini dah lupa ke? Sebelum ini Air Asia pernah mengeluarkan iklan menyindir MAS seperti 'Kalau nak tiba selamat di destinasi, naiklah Air Asia,' yang jelas sekali merujuk pada kes MH370. Tidak lama selepas itu, pesawat Air Asia pula yang crash di Indonesia. Perlukah Tony nak sakarstik? Keji betul perangai CEO ini," kata Lipstickz.
"Tindakan Tony 'condemn' MAS menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Rambut disimpul rapi itu nampak kemas dan sweet saja bila dipandang. Saya pernah naik Air Asia, laluan domestik. Pramugari Cina cantik lalu lalang tetapi aku rasa dengan sengaja bra yang dipakainya longgar atau push bra. Bila dia berjalan, bergegar-gegarlah asetnya itu. Kenapa Air Asia suka guna something to do with seks dalam bisnes mereka ni?" kata Mummy75
Banyak lagi kritikan negatif terhadap tindakan tidak profesional Tony Fernandes yang anda boleh baca sendiri di Facebook.
Selaku individu yang menjawat jawatan profesional, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia akan menjejaskan imej syarikat penerbangan itu sendiri. Haruslah difahamkan bahawa MAS dan Air Asia adalah dua kelas yang berbeza dan tiada keperluan untuk Tony membanding bezakan perkhidmatan masing-masing. - SUMBER
0 comments:
Post a Comment