Kongsi

Tahukah Anda, Semasa Titanic Karam, Ada 3 Kapal Lain Berada Berdekatan Dengannya?

Korang tau tak, sebenarnya dari sudut sejarah asal sewaktu kapal Titanic hampir karam disebabkan perlanggaran dengan aisberg, ada 3 lagi kapal yang berada berhampiran kawasan tersebut! Kalau ketiga-tiga kapal ni datang membantu, mesti semua penumpang dapat diselamatkan.

Kapal Sampson



Kapal ini sebenarnya kapal perikanan yang sedang menangkap anjing laut secara haram di kawasan berdekatan Titanic karam. Kira-kira 7 batu nautika je. Kru kapal nampak asap kecemasan yang dibuat oleh Titanic, tapi masa tu diorang tengah sibuk tangkap anjing laut dan takut kantoi dengan pihak berkuasa, mereka bergerak ke arah bertentangan dengan Titanic.

Kapal SS Californian



Kapal SS Californian berada 14 batu nautika dari Titanic dan dikelilingi oleh ais. Diorang nampak api putih tapi kerana suasana yang agak sukar dan keadaan sudah gelap, kapten kapal putuskan untuk tidur dan tunggu sampai esok. Semua kru kapal cuba meyakinkan diri bahawa tiada apa yang berlaku di sebalik asap putih tu. 

Kapal Carpathia



Kapal terakhir ini sebenarnya sedang bergerak ke arah bertentangan sejauh 58 batu nautika dari Titanic. Mereka menerima isyarat kecemasan dan kaptennya memohon petunjuk sebelum menukar haluan, memecahkan ais dengan kuasa maksimum dan akhirnya telah menyelamatkan 705 mangsa Titanic yang terselamat! Bayangkan, kapal yang jauh boleh datang untuk selamatkan mangsa sedangkan yang berada dekat dengan Titanic buat dek je.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close