LAGENDA kumpulan rock tanah air, Search kini bukan sahaja berhadapan dengn konflik bersama pemain dramnya, Yazit Ahmad, tetapi juga dengan penganjur Konsert Search 35 Tahun, AFJets Sdn Bhd (AF Jets).
Ini susulan, AFJet kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kumpulan itu mendakwa syarikat itu tidak profesional dan gagal memenuhi tanggungjawabnya dalam perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi konsert tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali dan pihaknya menuntut pemohonan maaf secara terbuka.
“Segala tuduhan seperti yang terkandung dalam ‘Notice of termination’ yang dikeluarkan pihak Search dan kenyataan yang dibuat mereka adalah tidak benar.
“Pembatalan yang dibuat Search juga dilakukan secara mengejut tanpa memaklumkan kepada pihak kami.
“Apabila Search meneruskan notis pembatalan mereka, bermaksud mereka sudah melanggar perjanjian dan kami sudah menghantar notis peguam semalam.
“Kandungan notis tuntutan itu minta Search menarik balik kenyataan mereka dan mengeluarkan pernyataan maaf secara terbuka.
“Kami juga menuntut semula kos yang sudah dikeluarkan berjumlah RM500,000 dan ganti rugi reputasi berjumlah RM1 juta,” katanya pada Harian Metro.
Dalam pada itu, peguam mereka, Adnan Seman @ Abdullah berkata, Search diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab notis tersebut dan sekiranya enggan berbuat demikian, saman akan difailkan. – SUMBER
0 comments:
Post a Comment