PANAS

CERITA SEBENAR BAYI DIDERA & MULUT DIIKAT DENGAN KAIN (3 GAMBAR)


PUTRAJAYA - Tersebar di media sosial gambar seorang bayi yang didakwa telah didera oleh dua kakitangan taska berkenaan, cetus kemarahan netizen.

Bagaimanapun, pemilik taska, Norwani Ismail, 27, menafikan dakwaan itu dan tidak menolak kemungkinan bahawa dia telah disabotaj oleh dua bekas kakitangannya yang telah melarikan diri sebelum ini.

Menurut Norwani, dia telah menerima beberapa gambar seorang anak asuhannya yang telah didera pada jam 7.40 petang, 31 Mei yang lalu.

"Saya mengesyaki perkara ini telah diviralkan oleh dua orang bekas pekerja saya yang telah melarikan diri pada 28 Mei, jam 4 pagi," katanya.

Dalam laporan polis itu, Norwani mendedahkan dua individu yang dimaksudkan itu ialah Asmida Aziz, 25, Roseliah Pagar, 21, yang masing-masing berasal dari Kuala Krai Kelantan.

"Saya mengesyaki gambar bayi yang ditutup mulut dengan kain napkin tersebut dilakukan oleh dua pekerja ini dengan sengaja kerana ia berlaku di luar pengetahuan saya," katanya.





Jelasnya lagi, kecederaan di bahagian muka bayi berkenaan telah lama selesai kerana ibu bapa bayi itu telah dimaklumkan hal yang sebenar menimpa naak mereka.

Ekoran nama taskanya difitnah, Norwani membuat laporan polis pada hari yang sama dan meminta polis menyiasat dua bekas pekerjanya yang disyaki telah mendera bayi berkenaan.

Lapor Harian Metro pula, pada hari yang sama, salah seorang bekas pekerja taska itu juga menafi mendera bayi berkenaan dan membuat laporan polis. Individu itu juga mendakwa, bayi itu telah didera oleh pemilik taska itu sendiri.

Difahamkan, pada 25 Mei yang lalu, ibu kepada bayi lelaki berkenaan menerima gambar itu melalui aplikasi WhatsApp dari pekerja taska yang memaklumkan anaknya didera oleh pemilik taska.

Namun, pada hari yang sama jam 4.10 petang, pemilik taska menghantar gambar yang sama kepada si ibu dan memaklumkan bahawa ia adalah kesan dari tempias cahaya di muka bayinya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan, mengesahkan kejadian itu dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak. - SUMBER

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close