Tak Menyesal Jadi ‘Mak Nyah’..SEBAK Bila Tahu Kisah Hidup Lelaki Ini !!!Sebagai manusia biasa kita memang tak pernah lari dari melakukan kesalahan. Namun sampai bila mahu kekal melakukan kesilapan sedangkan diri mempunyai peluang untuk berubah?
Beberapa bulan lalu viral tentang ‘penghijrahan’ seorang jutawan kosmetik yang nekad mahu kembali kepada fitrah. Usahanya menerima pujian netizen.
Alhamdulillah kini semakin ramai golongan ‘terbabit’ yang sudah terbuka hati untuk kembali kepada fitrah sebagai mana diciptakan. Ikuti perkongsian Harry Zulkifli.
“Ini semua ujian Allah bagi”
Bila difikir, ada sebab saya menjadi MAK NYAH. Berkenalan dengan rakan2 sejenis, sahabat2 yang baik tempat saya bkongsi cerita dan mereka sentiasa ada masa saya jatuh dan bangun. Sy yakin ada sebab Allah hadirkan satu naluri yg berlainan di dalam diri saya. Iaitu satu naluri kewanitaan yang sukar utk sy ubah. Walhal fizikal sy lelaki.
Banyak pil perancang saya telan. Pil hormon sy makan. Utk nampak lebeh ferminin. Hihi. Ubah itu ini. Saya happy bila bergaol dengan ramai rakan2 mak nyah. Sebab sy rasa itulah dunia saya. Atas sebab kelalaian sendiri, banyak benda jahat sy buat. Mcm2 rasanya x perlu sy jelaskan satu persatu. Muntah tuan puan nanti. Hihi.
Saya tidak menyalahkan sesiapa, pokok pangkalnya pada diri sy. Saya tidak menyesal menjadi maknyah. Bagi sy ini salah satu asbab yang Allah rancangkan. Ye la, kalau saya bukan seorang pondan, saya mungkin tidak kenal insan2 yang bantu saya utk berubah kembali kepada Allah. Kembali kepada fitrah. Ini semua ujian Allah bagi. Dugaan musibah Allah bagi supaya saya ingat dan memohon keampunan padaNya. Setuju x.?
“Saya manusia tak lepas dari dosa”
Mane lah ade insan yang hidupnya 100% baik tanpa diuji. Kalau mcm tu, semua hanyut karam la dunia. Saya x kisah kalau ada sesiapa yang nak mengungkit kisah hidup saya dan membuka aib saya, sebabnya itu semua kesalahan yg pernah sy lakukan dahulu. Orang labelkan saya sebagai pendosa. Saya manusia x lepas dari dosa. Sy terima.
Betul kata rakan baik saya. Penat berdoa seorang. Saya terharu dengan doa anda semua. Sokongan yg sangat kuat. Masing2 nak bantu saya utk bangkit. MasyaAllah. Sukar nak digambarkan. Allah hantarkan insan2 yang warak. Orang2 yang kuat. Utk menasihati dan bimbing saya. Semoga Allah balas jasa anda semua. Melimpahkan segala kebaikan kepada anda semua. Amin. Saya sekadar berkongsi cerita, anda boleh share, moga dapat bg semangat kepada sahabat2 yang lain. InsyaAllah.
Kisah bagaimana naluri wanita mula timbul
Tuan Puan, semenjak saya berumur setahun. Ayah saya dah pergi meninggalkan saya. Bercerai dengan mak dan hilang dari keluarga sehingga lah ke hari ini. Saya anak tunggal dan saya membesar sepenuhnya dengan mak (Setia binti Nawi). Saya ada seorang kakak angkat, sepupu saya sendiri yang dijaga sepenuhnya oleh mak saya. Dan saya sangat sygkan dia sangat2. Mak dan kakak yang membesarkan saya sehinggalah ke harini ini. Nak dijadikan cerita, saya ni biasa buat segala kerja2 rumah semasa sy kecil lagi. Saya memasak, basuh pakaian, masa tu kene gosok sendiri guna sebab nya xde washing machine. Hehehe. Sy sidai pakaian, menyapu, kemas rumah, dan mcm2 lagi. Bg je kerja2 perempuan kat sy. Sy reti buat.
Saya kurang bergaul dgn rakan2 di kampung. Apatah lagi bergaol dengan kawan2 lelaki. Ada tapi x ramai. Mostly kawan sy perempuan. Masa sekolah dulu pon saya akan rapat dengan rakan sejenis dan kawan2 perempuan. Kuar rehat sesama, lenggang sesama. Faktor yang kuat menyebabkan sy menjadi MAK NYAH, faktor rakan sebaya, latar belakang keluarga, dan kekhilafan diri sendiri. Semasa saya darjah 5, sy mula celaru identiti. Sy berperasaan sesama lelaki. Sampai laa saya mengambil keputusan utk mengubah paras rupa dan fizikal saya. Tp sy fokus pada study, mak pesan dengan belajar boleh tentukan masa depan kt. Mak sangat strict berkenaan dengan study2 ni. Alhamdulillah, ade jugak rezeki & peluang pekerjaan sy sampai skrg.
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang
Sukar utk saya gambarkan hidup tanpa ayah. Ade sesuatu yg kurang. Bila family jatuh, tiada siapa yang bangunkan. Zulkifli Bin Harun ayah saya. Saya x tahu wajah dan paras rupanya, bahkan sy x tau latar belakang ayah saya sendiri. Saya hanya tau nama sahaja. Banyak kali sy tanya pada mak tetapi tiada jawapan yg sy dapat. Hebat ujian Allah s.w.t. Dimana ayah saya.?
Agaknya menyesal tak seorang ayah melihat anak nya menjadi seorang Mak nyah.? Jauh saya berfikir. Saya anggap semua ni perancangan Allah. Allah dah aturkan hidup saya sebaik baiknya. Kene redha dan pasrah. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Tuan Puan bantu saya cari ayah saya. Buat ayah, kalau terbaca ni datang la jenguk saya walaupun sekejap. Seminit pun jadilah. Salam tahajud. Selamat malam.
Agaknya menyesal tak seorang ayah melihat anak nya menjadi seorang Mak nyah.? Jauh saya berfikir. Saya anggap semua ni perancangan Allah. Allah dah aturkan hidup saya sebaik baiknya. Kene redha dan pasrah. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Tuan Puan bantu saya cari ayah saya. Buat ayah, kalau terbaca ni datang la jenguk saya walaupun sekejap. Seminit pun jadilah. Salam tahajud. Selamat malam.
Moga saudara Harry terus istiqomah dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sumber : Harry Zulkifli
0 comments:
Post a Comment