PANAS

"ADUH ! KERJA GOMEN TAPI MERAGUT..."



GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam ditangkap kerana terlibat dalam kes ragut jam 6 pagi, lapor laman Facebook, IPD Timur Laut, Pulau Pinang.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di Bandar Baru itu, mangsa yang baru sahaja mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM telah diragut dari belakang oleh suspek yang menaiki motosikal.

Mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong. Anggota polis yang kebetulan sedang menjalankan Operasi Khas kes ragut dan samun itu terdengar jeritan mangsa, terus bergegas ke lokasi kejadian.

Tiba di lokasi, mangsa sedang bergelut dengan suspek untuk mengambil beg. Suspek terus ditangkap serta merta.

Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di Pulau Pinang dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - SUMBER

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close