serius

8 Kisah Wanita Biasa Yang Mengahwini Putera Raja


Daripada insan biasa kehidupan lapan wanita ini berubah bila bertemu jodoh mereka yang masing-masing merupakan putera raja.

Ibarat Cinderella, hidup mereka berubah. Bergelar puteri dan permaisuri wanita ini membuktikan kalau sudah jodoh tiada yang mustahil.

1. Catherine, Duchess of Cambridge



Siapa yang tak kenal isteri kepada Putera William, Duke of Cambridge ini. Malah ramai yang mengagumi wanita yang turut dikenali sebagai Kate Middleton ini. Catherine dan William berkenalan sebagai rakan pada 2001, tahun pertama menuntut di University of St Andrews di Scotland.

Hubungan mereka memasuki fasa percintaan dan media di sana mula menghidu kisah pasangan ini pada tahun 2004 bila beberapa foto mereka berdua dirakam. Pernah beberapa kali putus namun mereka akhirnya berkahwin pada April 2011 di Westminster Abbey disaksikan jutaan penonton seluruh dunia.

2. Permaisuri Letizia dari Sepanyol



Letizia merupakan seorang wartawan ketika bertemu dengan Putera Felipe. Dia ditugaskan untuk membuat laporan tentang putera itu di Galicia. Jatuh cinta pandang pertama pada wanita ini, awalnya Letizia enggan bertemu dengan Putera Felipe namun terpaksa. Tapi melalui pertemuan yang ‘dipaksa’ itu juga dia akhirnya berkahwin dengan putera ini pada tahun 2003.

3. Charlene, Puteri Monaco



Renang bukan saja boleh jadi kerjaya malah peluang bertemu jodoh dengan keluarga diraja. Ini yang berlaku pada Charlene Wittstock yang bertemu Putera Albert II ketika menjadi perenang profesional.

Pertemuan pertama mereka pada tahun 2000 dalam satu pertandingan di Monaco. Pertemuan kedua, enam tahun kemudian juga dalam satu pertandingan sehingga seterusnya pasangan ini mengambil keputusan untuk mengikat hubungan serius pada tahun 2011.

4. Mary, Puteri Mahkota Denmark



Seperti Charlene, sukan turut menemukan Mary dengan Putera Mahkota Denmark, Putera Frederik. Mereka bertemu ketika Sukan Olimpik Musim Panas tahun 2000 dan waktu itu Mary langsung tidak mengetahui Frederik adalah seorang putera raja.

5. Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, dari Brunei



Seperti William dan Kate, Putera Mahkota Brunei ini bertemu jodohnya di institusi pendidikan. Berkenalan melalui teman, putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah datang ke sekolah tempat Sarah menuntut untuk bertemu dengannya. Sarah berkahwin dengan Putera Mahkota Brunei itu pada usia 17 tahun dan menerima gelaran Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

6. Puteri Tessy dari Luxembourg



Tessy menjadi Puteri Luxembourg pada tahun 2009 namun pasangan ini mendapat tentangan dari keluarga Putera Louis kerana mereka memiliki anak luar nikah. Mereka berkahwin selepas anak sulung mereka lahir dan tatkala itu Putera Louis telah pun melepaskan tahkta.

Bagaimana pun Jun 2009, keluarga Putera Louis telah membuat satu langkah yang besar iaitu menerima perkahwinan itu dan menganugerahkan gelaran Puteri kepada Tessy dan juga gelaran Putera kepada anak-anak pasangan ini.

7. Mette Marit, Puteri Mahkota Norway



Tidak seperti puteri lain, latar belakang Mette Marit tidak begitu bersih bila terlibat dengan gejala sosial. Dia bertemu Hakkon, Putera Mahkota Norway dalam sebuah festival muzik pda tahun 1999.

Perkahwinan mereka awalnya ditentang namun selepas diugut oleh putera mahkota itu ia akhirnya berlangsung jua.

8. Permaisuri Rania Al Abdullah dari Jordan



Rania berasal dari keluarga Palestin. Pertemuan mereka bermula bila dia dihalang untuk mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya. Kecewa dengan situasi itu dia mengambil keputusan berhijrah ke Amman dan bekerja di Citibank di situ.

Di tempat kerja baru dia juga menemui cinta bila bertemu dengan Putera Abdullah, anak kepada Raja Jordan. Perkenalan itu berakhir dengan perkahwinan dan dia kini sudah menjadi ibu kepada empat cahaya mata selain digelar ‘Queen of Style’.

Lapan orang wanita biasa ini kisah mereka ibarat Cinderella moden yang cukup menarik sekali. Dari wanita biasa masing-masing memasuki keluarga diraja berpengaruh. Semoga perkahwinan mereka bahagia dan berkekalan ke akhir usia.

About Admin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close